Friday, January 14, 2011

Adakah saya seorang ikan?

 Just got back from my jogging session, hit the shower and i felt like i belong in the water all the time, may be i was suppose to be a fish. But if i'm one, it should be the most ugliest n the most smallest. cause i hate to be kept in tank n be visible to others. :-D

Well my dearest blog, its been one hectic week and i haven't got ample time to further my writing. sekarang ada sedikit waktu. so topic fo the day is " i'm not a racist".

Lewat hari rabu kemarin, saya pergi melawat umi dan juga kakak sulung. Selang pagi esoknya saya pulang ke kampus seawal jam 7 pagi.

Sedang melewati bus ke kampus, barisan naik ke bus sudah panjang. Senaiknya saya ke dalam bas, terlihat segelintir yang berdiri, tapi adanya satu seat kosong dilanjutkan (sebelah orang hitam). Dengan perasaan heran, saya lanjut ke seat tersebut. Nyatanya dalam fikiran " aku bukanlah racist".

Seduduknya saya disitu awalnya aman. Ya saya sememangnya tidak gemar berbual-bual dengan sesiapa ketika dalam bas. Selang 15 minit kemudian, rakan sebelah tersebut meminta untuk melihat buku saya yang tertera tanda " Financial Market".

Lewat berapa selang, dia menyatakan yang " i like this book".. yang saya observe, apa yang dilihat cumalah table of content. walhal, semua buku finance kebanyakkannya menyatakan perkara yang sama. risk, stock, efficient market dll.

Saya hanya tersenyum, dan dia terus bertanya soalan yang lain-lain (dalam bahasa English slang nigeria). Sampainya satu tahap dia menyatakan keinginan untuk berkomunikasi lebih.

Silapnya saya meletak number contact dalam buku tersebut. Lanjutan kini dia mempunyai number tersebut.
Sebelum turun dari bus, dia menyatakan betapa senangnya berjumpa dengan saya. Mungkin kerna saya menjawab setiap pertanyaan dengan senyuman? atau kerna saya lulus dari segi rupa? Wallahualam :-)

Ternyata sekarang dia mempunyai number peribadi saya dan yang tidak enak, saya tidak mahu berhubung terus dengan beliau. Saya bertindak berdiam sewaktu dihubungi.

Jika dipikir kembali, bila hanya yang duduk disebelah sewaktu itu adalah lelaki korea yang mulus , mungkin saya akan setia menunggu disebelah mobile phone tunggu untuk dihubungi.

Jadi persoalannya, adakah saya telah berubah menjadi racist? atau seorang yang berhati-hati?

Monday, January 3, 2011

Tapi dan Kalau?

I would say that these two words are equally dangerous. When and why is it considered so? Ha, tu dia.

Mari kita lihat dari petikan status adik saya dari facebook, "wanita  bertudung tak semestinya baik dari wanita tidak bertudung, kekadang yang bertudung itu hipokrit".

yang dimaksudkan disini :

1. Saya tidak bertudung TAPI saya tidak hipokrit.
2. Saya bertudung KALAU saya ingin hipokrit?
3. KALAU saya tidak bertudung, saya juga baik orangnya.
4. Saya bertudung TAPI saya tidak mahu bertudung sebenarnya?


Penyelesaian:

1. Yang bertudung TAPI hipokrit :
     Sila bertudung dan tidak hipokrit.

2. Yang tidak bertudung TAPI tidak hipokrit:
    Sila bertudung dan teruskan tidak hipokrit.

3. Yang tidak bertudung dan hipokrit :
    Sila bertudung dan tidak hipokrit.

4. Yang bertudung dan tidak hipokrit :
    Tahniah, anda hebat!

5. Yang tidak bertudung dan bertudung dan hipokrit dan tidak hipokrit. eg: Saya
    Fikirlah sendiri.

Senang bukan?






Soalan; lelaki berseluar singkat kurang hipokrit dari lelaki berseluar panjang? (Soalan yang tidak lulus)

Sungguhnya isu sexist itu tidak enak diperdebat.

Sunday, January 2, 2011

New Message from Thi.

Sebentar lagi anak-anak akan mula kembali ke kuliah. Ini adalah tahun yang baru. Selalunya ia akan dikaitkan dengan azam baru. Oh, sungguh bosan. Mengapa perlu azam setiap tahun baru? Saya sungguh keliru.

Setiap impian atau "goal" yang ingin kita sempurnakan tidak perlulah dimulakan dengan tahun baru. Ia bole bermula bila-bila saja. Malah sekarang juga. Kerna penangguhan AZAM itu akan melambatkan lagi perjalanan untuk menuju ke KEMUNCAK azam tersebut. Bukankah?

Teringat sezaman naif, "Oh, saya mahu kurus seperti MODEL!", kata saya. Namun, sekala terpandang makanan lezat dan enak dihidang umi, jadinya "Oh, mungkin diet dimulai hari esok..", dan seterusnya sampai katanya "Oh, diet pasti dimulai Tahun Baru,"..

Padahal jika saya mulai sesaat keinginan menjadi MODEL itu timbul, pasti setibanya tahun baru saya sudah separuh model.

Ya, syukurlah setiba sehari saya di sekitar kampus, dimulai dengan larian anak disekitar tasik. Saat di persenda sama jejaka-jejaka yang kurang lulus rupanya, tidak menyukarkan saya untuk berlari terus sambil menikmati kecantikan tasik dan pohon-pohon.


Kawan-kawan, ayuh berusaha!



I'm writing this entry while returning my friend message from facebook :)

Initial Requirement

Assalamualaikum wbt.

haha.. just to mention that this is NOT the first blog i' created. To be honest, i'm NOT a FAMOUS writer.. and to be MORE honest, i'm not even a writer. Then what am i doin now? (o.O')

Lovely people,
(ok tuka malay plak)

Saya sangat menghargai keprivasian peribadi saya. Hidup ini lebih enak jika tiada yang serong bukan? Oleh itu, anggaplah tulisan saya sekadar coretan (pelik) atau jalan fikiran dari mahluk asing :D

Saya merupakan seorang wanita yang tenang. Oleh itu, sila lupakan niat anda jika mau berantam dengan saya.

Adanya dunia ini adalah yang mencintakan kesempurnaan dan kecantikan. Hargai dengan kata-kata manis.

Selanjutnya akan ada diruang seterusnya.. ;)


Semuanya,

Nama saya Sarah Foo, dan sila panggil saya Superman.