Thursday, March 31, 2011

Cita-cita saya (my ambition)

This topic is rather corny than ever before. But as we move along, you'll find it rather true, well based on my experience of course. :D

Asalnya semenjak kecil, masing sudah punyai niat ; apakah kerjanya sewaktu besar nanti. Ya semestinya jawapan semuanya yang hebat belaka; majistret, angkasawan, doktor, polis, akauntant (sungguh jarang anak kecil mau yang ini) dan sebagainya.

Seansurnya usia dipertengahan, akal sudah mula membiak dan banyak anasir luar sudah lolos ke dalam fikiran anak yang dahulunya sangat lurus dan tegak. Hasilnya, sudah ada yang mahu jadi tukang nyayiyan (mesti la mahu jadi terkenal), ada yang mahu jadi ahli politik (tentulah ganjarannya cuukup besar) dan juga bermacam-macam perkerjaan. Namun ada yang masih kekal dengan cita-cita sewaktu kecil. Cukup tidak bersalah.

Namun, tidak semua yang direncana berpihak pada kita, semuanya ketentuan Allah hu Rabbi, ada yang berjaya dan juga ada yang kecundang. Contohnya, saya yang sepatutnya menjadi doktor, sudah beralih menjadi akauntant. Yang lebih lucu, sehabisnya miliki ijazah profesional, jurusan itu bukan yang akan saya pilih. Tapi saya memilih untuk kembali ke asal, iaitu sebagai seorang polis.

Ya sudah tentulah menjadi polis, kerana tidak bolehkan saya untuk menjadi superman. Saya sebagai kelahiran manusia tidak boleh terbang dan mengeluarkan laser merah dari mata. Sungguh hebat.

Memangnya saya seorang wanita yang stabil, namun seseorang itu harus berkorban demi memperbetulkan polisi yang tidak telus. Jika seumur hidup perlu dikorbankan, biarlah. Saya sudah puas hidup dengan hanya mementingkan hak peribadi. Sekali ini biarlah keadaan diperbetulkan.

Mungkin yang lain boleh turut berfikiran yang sama. Dengan itu hidup sesudah mati akan lebih bermakna..



 ingin popular seperti saya? HAHA

No comments:

Post a Comment