Tuesday, March 15, 2011

Happiness..

now we're drifting away..

hari ini bukan merupakan hari yang sibuk kerana yang ada cuma satu kuliah. Tapi seawal jam 9 malam, saya sudah naik ke kamar untuk lelapan mata.

adanya esok kuiz dua perkara. perkara ini bukanlah satu yang mencabar emosi kerana saya memang tidak gemar mengulang kaji  Namun setelah dipersoal seperdua persoalan dari teman saya berpikir, bukan kah saya belum mengulang kaji? mengapa perlu ditanyakan sama saya? saya pikir.

Dan ianya membakar emosi pabila teman mengatakan saya perlu berusaha, bukan hanya menggunakan nikmat akal yang ada. Dia benar, namun katanya mencetus kegusaran dihati.

Saya sememangnya membutuhkan teman untuk berbicara, teman untuk mencari idea untuk menjadi senang. Kerana saya bukanlah seorang yang boleh dipaksa. mahu mogok akhirnya.

Terus terang saya katakan, jika ingin score dalam apa mata pelajaran skalipun, apa yang diperlukan hanyalah HAPPINESS. Kata-kata paksaan dan cabaran dari semua pihak tidak dapat membangkitkan rasa ingin berjaya pada diri saya. Percayalah.

Kegembiraan membuatkan saya rasa sangat bertenaga walau pada dasarnya dan genetiknya saya kurang dari segi itu. Kegembiraan juga membuatkan saya iklas dalam membuat  apa adanya. Namun bukan dengan paksaan.

Saya tidak pernah sejelas ini, namun dihati terasa amat sedih dengan gerak pikir orang. Ia faktor besar yang membuatkan saya lari dari dunia nyata kadangnya. Terutamanya sekarang, apa yang diperlukan hanyalah seorang teman, tapi tiada.

Ya tentulah. Sudah jam 4 pagi. Saya hanya memikirkan diri sendiri jika saya nyatakan ini salah teman-teman.
Hidup semakin kurang bernyawa tanpa makna dan keinginan yang utuh.



mungkin disini kurangnya diri.

No comments:

Post a Comment