Wednesday, March 30, 2011

Kontroversi..

My father always tells me that a person is powerful enough when he or she managed to control his or her emotion well.  

Emotion plays a very important role in our life. Emotions what triggers each and every movement of human being. That is why one is powerful when they able to manipulate it wisely.

Adanya dilahirkan dengan anugerah untuk mengawal emosinya sendiri dan juga membaca emosi orangnya yang lain. Sememangnya kawalan emosi ini boleh diperlajari dan ianya juga boleh diaturkan pada yang lain. Itulah sebab kewujudan ilmu "psychology" kata barat, dan ilmu "mengoda" kata saya.

Ada yang tidak dapat mengawalnya sehingga menamatkan riwayat kehidupannya sendiri. Saya sendiri tidak meragui apakah sebab kelanjutan perkara itu, walhal apanya bila ada kesulitan yang terlampau ianya terlihat sebagai satu penyelesaian. Namun itu adalah cakapan orang tidak beragama, kata nenek. Tapi bila difikir, bagaimana mampu seseorang itu mampu menangung sakit kematian sebelum waktunya walhal saya yang gemar bersparing ini juga tidak mampu menanggung kesakitan yang tidak seberapa.

Emosi kadangnya menyebabkan kita kehilangan orang yang tersayang, menyebabkan kita kehilangan sesuatu yang berharga, menyebabkan kita kehilangan perkerjaan sumber rezeki yang satu.

Kebolehan mengawal emosi juga mendatangkan banyak perkara yang hebat. Tidak perlu saya nyatakan disini kerana ianya adalah rahsia saya dan superman.

Emosi juga boleh menjual. Tidak percaya? Buktinya, jika kamu lihat blog yang memaparkan tajuk-tajuk hangat dan kontroversi dan blog yang memaparkan tentang alam sekitar, mana yang manarik minat?
Sila jawab ya :)

Yang saya terfikir kadangnya, ada yang sanggup mengaibkan yang lain untuk menonjolkan kekontroversian dan meningkatkan kadar kepopularan. Adakah jika popular mereka akan berasa tenang? gembira? Diekori beberapa sociopath bukanlah satu yang menyenangkan. percayalah. Dengan popular itu tidak akan membantu kamu peroleh hidup yang aman. Adakah kamu mampu hidup jika tidak dapat berjalan sendirian ditaman, bermain dengan anak kecil dan rerama yang berterbangan, bermain buaian sewaktu orang tiada memganggu sambil bernyayi riang.. mampukah kamu? saya tidak.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengawal emosi.dan menjauhi faktor kontroversi yang tidak sihat dimata yang iklas :)


^salah satu cara mengawal emosi.

No comments:

Post a Comment