Tuesday, April 19, 2011

The very small things..

As i looked back in life, you know, what could be things that possibly makes me smile happily with a clear heart.
My childhood, is rather quite scary. Not to mention, there is time where i am near, indeed very near to death.

Setitik tolak dari sini, saya berasa sungguh senang kerana sedang berada disamping bersama orang yang menyayangi. Sungguhnya hidup kami tidak sesempurna raja, namun saya senang, senang sekali.

Sebentar tadi saya bersiar-siar bersama umi, dan ayah, perkara yang selalu dilakukan oleh kebanyakannya namun hati saya berasa girang. Walhal perlu mendengar umi dan ayah mengadukan perkara yang kecil seperti ayah- kesan ubat membuatnya lapar dan umi- membicarakan soal biskut yang hendak dibeli untuk teman-teman, buat saya tersenyum.

Melihat dari belakang nan jauh umi dan ayah berjalan berdua,berbicara membuatkan saya tersenyum. Ya, hal yang sebegitu kecil membuat saya tersenyum.

Mendengar syaikh(adik) mempersoal bagaimana untuk meluruskan rambut dan melebatkan bulu keningnya, ya perkara sekecil itu membuat saya tersenyum. (syaikh adalah seorang lelaki tulen).

Melihat rafie (adik) mengadu lapar walhal nasi sudah tersedia juga membuat saya tersenyum. Melihat atuk bercakap tanpa henti hanya disebabkan lauk yang tidak cukup turut sama.

Terkenang nadia yang sewaktu kecil gemar bernyayi dihadapan cermin seorang diri dan melihat kak fair begitu gembira hanya dengan dapat membeli sepasang kasut juga membuat saya tersenyum. Ya perkara kecil semacam itu.

Dan juga pabila burujerdi tersenyum, dan ajukkan -tapi apa lagi sarah? ya, hal semacam itulah yang buat saya tersenyum.

Walau kadangnya ada yang menyedihkan hati namun akhirnya semuannya adalah satu bermakna, kerana mereka adalah yang saya sayang.



ya,perkara kecil yang semacam itu.. :)

Monday, April 18, 2011

Free

Memang dalam hidup, kita diciptakan untuk sesuatu tujuan atau sebahagian dari kita mungkin pelbagai tujuan. siapa yang tahu?
dan masing-masing memiliki keinginan mereka sendiri dan punyai senarai untuk semua hal yang mereka ingin lakukan dalam hidup. Tapi sebenarnya, hidup adalah singkat untuk bahkan mempertimbangkan semua hal menjadi mungkin untuk dilakukan seperti yang dirancang.

Sebagai seorang muslim saya dibatasi oleh kebenaran, yang ada dapat menjadi salah satu kehidupan di sini, dan kehidupan yang lain akan-hanya Allah swt yang tahu.

Kerana kita hanya memiliki sekitar membiarkan katakan 80 tahun kebanyakan,  apa yang mungkin boleh dilakukan? Walaupun banyak hal yang kita ingin capai, kita harus cukup pintar untuk menjadi selektif-PRIORITIZING.

Beberapa dari kita sehingga mungkin menyukai selepas kekayaan dan kemasyhuran, tapi pada akhir hari, apakah itu bahkan layak? Maksud saya dalam erti anda sendiri berdarah mengorbankan masa anda untuk itu dan benar-benar lupa tentang apa yang penting bagi anda paling- KELUARGA.

Hal ini difahami bahawa setiap individu mempunyai hak ke atas kehidupan mereka sendiri, tetapi bagi saya hanya sampah disesuatu untuk kepentingan kita sendiri, itulah yang kita yang disebut-egois. Kerana pada akhirnya, perbuatan yang kita lakukan untuk lain adalah apa yang akan menempatkan markah lebih(-seperti yang dikatakan rakan saya sekelas)dalam akaun kita.

Pensyarah saya pernah menyampaikan kepada saya bahawa untuk membantu orang lain anda harus membantu diri anda terlebih dahulu. Tapi membantu diri anda sepanjang waktu tidak diterapkan dalam situasi ini. Ini tidak bekerja seperti itu. Hanya saja tidak.

Sebenarnya, tiada ada hal seperti kebebasan mutlak. kerana kita berhutang hidup kita kepada Allah swt, yang maha murah hati dan maha agung.



see now the topic of the day is -sila google translate to english 

Saturday, April 16, 2011

Polis

Jangan bergerak!

Baik anda menyerah, kalau tidak kami tembak!!!


bang bang bang!!!


(mati)




Wednesday, April 13, 2011

Beauty

If you had read my previous post, pastinya semua boleh reckon that I'm indeed very particular and obsessed with freedom. absolute freedom i suppose.

Adanya saya sebagai wanita muslim pasti ada pengahadangnya. Itulah yang membuatkan manusia itu menjadi sebenar manusia. Bukan iblis ataupun monster.  Kita punya tatacara hidup yang sempurna.

Regardless boundaries as a muslimah, lets now focus on the legal aspect of freedom. There are financial freedom, love freedom, beauty freedom and etc. Those 3 that i'd stated is the one that i always wanted to achieve.

Kerana adanya saya seorang yang kurang ambil berat tentang wang, sepertinya saya dilahirkan untuk menjadi seorang yang bebas dari struktur keewangan. Ambillah sebanyak mana, saya tidak begitu berkira tentang wang. mahunya saya adalah posisi sama seperti akauntant, tapi untuk menjadi berhati-hati itu kurang tepatnya.   Mungkinnya juga kerana sudah diperbiasa sejak kecil untuk memperoleh segala. Terutama makanan yang enak. haha sungguh seronok.

Keduanya, saya sememangnya tidak suka disekat tentang kebebasan dari mencintai. Tidak kisahlah mencinta sesiapa, dimana, bagaimana, kenapa.. itu bukan soalan yang enak. Jika saya mahu mencinta, saya akan lakukan. Jika itu termasuk menggadai nyawa, ya tetap dilakukan. Contohnya, saya mencintai charlie (kucing saya) adanya saya alah kepada kucing, namun itu bukan satu sebab yang kukuh untuk tidak menyayanginya.( sila jangan report pada ayah) haha.

Dan yang terutama, kebebasan dalam menjadi cantik. Definition of beauty is very subjective. I would say that the word implies most to beauty would be freedom. Beauty is effortless, satunya tidak perlu bersusah payah untuk berhias jika benar cantik. Itulah yang saya mahu kecapi. Jika perlu bersiar-siar, tidak perlu memperkena sebarang solekan, memakai yang indah-indah. sudah adanya yang asli itu cantik belaka. Ya itulah yang mahu dikecapi. Kadangnya saya memperbelanja bagi memenuhi kehendak yang ini, namun hasilnya belum cukup elok.



Oleh itu, Sama-sama kita berdoa untuk menjadi bebas. Ayuh terbang!

Saturday, April 9, 2011

Going concern

Sedangnya tunggu ketibaan Asar saya harus menulis yang ini..

I've been waiting for light-blue light from my bb to appear fo the past 4 days. It was none..

Kata orang, jika benar cintakan sesuatu, biarkan ianya gembira nescaya kita akan gembira. Tidak seperti sebelumnya, perasaan ingin memiliki lebih menyebak sehinggakan sanggup melakukan yang terdaya untuk memastikan kepermilikan itu. Ternyata itu hanyalah nafsu yang hina dan yang suci tidak pernah ada.

Adanya kali ini, walaupun pisahnya erti bahagia itu sangat luas. Benarlah kata orang, yang rasa bahagia itu akan timbul pabila orang yang tercinta itu turut bersenang. Bukanlah satu yang terbahagia jika bersama jasad selamanya. Namun yang tercinta itu bersusah hati, gundah bila bersama.

Tatkala mata memandang telefon, keinginan yang menebak, sangat mahu mengungkapi kata-kata maaf, kata-kata agung kerana terlalu rindu. Namun ia segera tertolak bilanya terfikir akan kesedihan yang akan diadakan padanya jika kembali.

Ramainya akan mengatakan bahawa, itu satu pengorbanan besar sarah. Mana mungkin menaggung rasa kecintaan sambil membayangi saat-saat waktu yang suci. Tidak akan pernah akan rasa sebahagia itu, fikir saya. Tapi yang sebetulnya, ini cumalah demi kepentingan diri semata, kerana saya merasa cukup bahagia, bahagia sekali bila memilirkan bahawa dia sedang bersenang-senang di-sana.

Tiada yang sebahagia ini, mencintai memang sungguh indah, kerana dari perasaan suci ituu timbul rasa ketenangan dan ianya tidak perlu diheboh-heboh. sunyi, tiada siapa yang tahu. Sungguh senyap dan sempurna :)

Keterterusan ini membuatkan saya sedar bahawa ianya akan kekal sampai akal tidak lagi mungkin terdaya mengingati. Terima Kasih atas kecintaan ini ya Rabbi. Saya ikhlas sekarang.



Jika ada rindunya, 
climb up the mountain and say 'Babyyyyyyyyyyyy... I MISssssssssssssssssssssss Youuuuuuuuuuuu!!
(sekian terima kasih)

Tuesday, April 5, 2011

Ikatan

See, now people started talking about bond, I mean in a sense of legal agreement. Am I in a perfect year for marriage?..

Itulah yang difikirkan seorang wanita pabila umur sudah meningkat dewasa, selang setaun saya akan masuk lewat 20-an. Tiada kegusaran bagi saya, bukan kerana tidak takut hidup sendirian, tapi masih terasa kesejukkan aura muda dalam dirinya.

Ikatan yang termaksud merupakan yang lanjutan dari perhubungan normal anak muda. Ia seperti menampakkan kematangan atau peralihan ke alam baru-pertunanagan atau perkahwinan. Ya sudah tentulah langkah ke-atas ini merupakan lumrah bagi yang seusia dengan saya, sudah ramai teman-teman mengalami peralihan ini, mahunya sudah punyai warisan lagi,. tapi saya? haha bayangnya juga tidak pernah wujud.

Adanya kemarin dulunya saya terjebak dalam situasi ini, Ibu sungguh bersedih akan perkhabaran yang mungkin akan membuatkan seperninggalan saya dari keluarga. Pada asalnya saya tidak pun tersentuh, namun kelamaan berfikir, Ya Tuhan, ini bukan lah yang saya mahukan.

Lihat, masih terlalu banyak perkara yang belum terlunas, mungkin ada terdetik hati melihat teman-teman gembira bersama anak kecil. Tatkala melihat tanggungjawab yang terbeban, fikir saya, mampukah?

Lebihan pula sewaktu bersiar-siar saya sering tertanya, jika sudah punyai warisan dan teman setidur, adakah saya boleh berjalan bebas seperti ini? tanpa mengira waktu adanya? pasti sukar bukan.

Sedangkan kedua yang menjaga saya bersatu agak lewat dari biasanya, kelihatan masih banyak yang terganggu walaupun harus saya akui antara beradik, yang tersusah itulah yang paling bersopan. Saya cuma tidak mahu warisan saya mengikuti jejak bapa saudaranya yang terakhir satu masa nanti. (mudah-mudahan dia berubah).

Apa yang ingin disampaikan agak keliru, saya mencintai dan ingin menjadi yang terbaik bagi yang terkasih tetapi takut untuk kehilangan diri sendiri. Mungkin ini juga delima bagi setiap jejaka muda yang mahu beransur. Benarkan?



If I ever do wrong, then it would be giving you too much love till you forgotten how much it is worth.
Jika adanya pertukaran untuk kamu berlaku baik terhadap yang tertua, pasti terlunas Syaikh.
(Sila *&^%@!& sebanyak mungkin)

Monday, April 4, 2011

Super Hero

I could act as if nothing happened. I should pretend that I am all right. I would believe that that is just a dream.

Diadakan saya seorang yang kukuh dari segi tata cara perlindungan diri. I always keep my distance away from danger or anything that would jeopardize my well being.  You can say that I am a little too "self-preserve" and indeed I am a risk adverse.

Ayah mendidik saya dari kecil untuk berhati-hati. Kadang kala semuanya tidak boleh diperlaku kerana takutkan sesuatu yang tidak elok berhadapan dengan saya. Sebenarnya ia perasaan yang tidak enak kerana saya sangat menghargai kebebasan.

Adanya didunia ini, dianggap semua orang adalah baik belaka, mahupun ada yang terserong kerana mereka belum cukup matang untuk bergaul dengan public. Kalau mungkin, saya mahu berjalan bebas tanpa seorang pun yang menegur mahu memandang adanya saya disitu. Berlari-lari riang, menari, tertawa, senyum, berkata-kata sama haiwan-haiwan, .. bebas tanpa yang menyekat kelakuan itu.

Yang nyatanya, saya adalah seorang wanita. Ya saya wanita. Seringnya tersalah ertikan sebagai sumber penarik yang tidak saya mahukan. Adakah deruan hormon estrogen saya keterlaluan sehingga menghantar impulse palsu kepada adam? Itu saya tidak ada jawapannya.

Mungkin kerana dilahirkan dengan genetik yang kurang kromosom nya, saya tidak mempunyai kekuatan yang setaraf yang sama dengan yang biasa. Sehinggakan untuk bercakap skalipun sudah mendatangkan keletihan yang amat. Hanya dengan "strong force" seperti dorongan cinta akan memberi saya kekuatan untuk terus bersuara. (my sisters would support this statement).

Kadangnya terfikir jika saya diserang skalipun, untuk melaungkan kata "tolong" juga saya tidak mahu. Sungguhnya sense of survival saya memang agak kurang kerana saya terlalu ego untuk mengaku saya memerlukan pertolongan.

Namun bersama yang tercinta, segalanya mungkin. ceritakan yang berlaku tapi ada yang masih rahsia untuk menjaga kegagahan saya. Tidak sedar yang saya memperbodohkan diri sendiri.

Cumanya yang kurang difahami mengapa mahu menganggu kehidupan aman saya? Adakah saya terlalu terbuka? Adakah saya selalu menganggu kehidupan yang lain? Setahu saya, yang saya gemarkan hanyalah burujerdi dan haiwan-haiwan, jadi kenapa saya?

Sungguh saya memerlukan super Hero untuk menjaga keamanan dunia. Tidak perlu fokuskannya kepada saya. Cukup sekadar semuanya gembira, supaya tiada yang mencampuri kegembiraan saya. Saya dan kesayangan saya adanya, keluarga saya, kecintaan saya dan keBEBASan saya.




  saya mahu kesana.. tapi I am no super hero. and that is sad.