Saturday, April 9, 2011

Going concern

Sedangnya tunggu ketibaan Asar saya harus menulis yang ini..

I've been waiting for light-blue light from my bb to appear fo the past 4 days. It was none..

Kata orang, jika benar cintakan sesuatu, biarkan ianya gembira nescaya kita akan gembira. Tidak seperti sebelumnya, perasaan ingin memiliki lebih menyebak sehinggakan sanggup melakukan yang terdaya untuk memastikan kepermilikan itu. Ternyata itu hanyalah nafsu yang hina dan yang suci tidak pernah ada.

Adanya kali ini, walaupun pisahnya erti bahagia itu sangat luas. Benarlah kata orang, yang rasa bahagia itu akan timbul pabila orang yang tercinta itu turut bersenang. Bukanlah satu yang terbahagia jika bersama jasad selamanya. Namun yang tercinta itu bersusah hati, gundah bila bersama.

Tatkala mata memandang telefon, keinginan yang menebak, sangat mahu mengungkapi kata-kata maaf, kata-kata agung kerana terlalu rindu. Namun ia segera tertolak bilanya terfikir akan kesedihan yang akan diadakan padanya jika kembali.

Ramainya akan mengatakan bahawa, itu satu pengorbanan besar sarah. Mana mungkin menaggung rasa kecintaan sambil membayangi saat-saat waktu yang suci. Tidak akan pernah akan rasa sebahagia itu, fikir saya. Tapi yang sebetulnya, ini cumalah demi kepentingan diri semata, kerana saya merasa cukup bahagia, bahagia sekali bila memilirkan bahawa dia sedang bersenang-senang di-sana.

Tiada yang sebahagia ini, mencintai memang sungguh indah, kerana dari perasaan suci ituu timbul rasa ketenangan dan ianya tidak perlu diheboh-heboh. sunyi, tiada siapa yang tahu. Sungguh senyap dan sempurna :)

Keterterusan ini membuatkan saya sedar bahawa ianya akan kekal sampai akal tidak lagi mungkin terdaya mengingati. Terima Kasih atas kecintaan ini ya Rabbi. Saya ikhlas sekarang.



Jika ada rindunya, 
climb up the mountain and say 'Babyyyyyyyyyyyy... I MISssssssssssssssssssssss Youuuuuuuuuuuu!!
(sekian terima kasih)

No comments:

Post a Comment