Tuesday, April 5, 2011

Ikatan

See, now people started talking about bond, I mean in a sense of legal agreement. Am I in a perfect year for marriage?..

Itulah yang difikirkan seorang wanita pabila umur sudah meningkat dewasa, selang setaun saya akan masuk lewat 20-an. Tiada kegusaran bagi saya, bukan kerana tidak takut hidup sendirian, tapi masih terasa kesejukkan aura muda dalam dirinya.

Ikatan yang termaksud merupakan yang lanjutan dari perhubungan normal anak muda. Ia seperti menampakkan kematangan atau peralihan ke alam baru-pertunanagan atau perkahwinan. Ya sudah tentulah langkah ke-atas ini merupakan lumrah bagi yang seusia dengan saya, sudah ramai teman-teman mengalami peralihan ini, mahunya sudah punyai warisan lagi,. tapi saya? haha bayangnya juga tidak pernah wujud.

Adanya kemarin dulunya saya terjebak dalam situasi ini, Ibu sungguh bersedih akan perkhabaran yang mungkin akan membuatkan seperninggalan saya dari keluarga. Pada asalnya saya tidak pun tersentuh, namun kelamaan berfikir, Ya Tuhan, ini bukan lah yang saya mahukan.

Lihat, masih terlalu banyak perkara yang belum terlunas, mungkin ada terdetik hati melihat teman-teman gembira bersama anak kecil. Tatkala melihat tanggungjawab yang terbeban, fikir saya, mampukah?

Lebihan pula sewaktu bersiar-siar saya sering tertanya, jika sudah punyai warisan dan teman setidur, adakah saya boleh berjalan bebas seperti ini? tanpa mengira waktu adanya? pasti sukar bukan.

Sedangkan kedua yang menjaga saya bersatu agak lewat dari biasanya, kelihatan masih banyak yang terganggu walaupun harus saya akui antara beradik, yang tersusah itulah yang paling bersopan. Saya cuma tidak mahu warisan saya mengikuti jejak bapa saudaranya yang terakhir satu masa nanti. (mudah-mudahan dia berubah).

Apa yang ingin disampaikan agak keliru, saya mencintai dan ingin menjadi yang terbaik bagi yang terkasih tetapi takut untuk kehilangan diri sendiri. Mungkin ini juga delima bagi setiap jejaka muda yang mahu beransur. Benarkan?



If I ever do wrong, then it would be giving you too much love till you forgotten how much it is worth.
Jika adanya pertukaran untuk kamu berlaku baik terhadap yang tertua, pasti terlunas Syaikh.
(Sila *&^%@!& sebanyak mungkin)

No comments:

Post a Comment