Sunday, July 10, 2011

Sisters..

I have 5 siblings in total. I am blessed with two beautiful sisters and two handsome brother. Each and everyone of them have their own unique way to deliver themselves. I am just so greathearted and can never thankful enough to have them in ma life.

Sejujurnya saya katakan, perkara terindah merupakan berpeleseran bersama sisters saya. Walaunya, sudah lebih dari 20 tahun saya bersama mereka, namun erti jemu itu tidak pernah terbit pada akal fikiran saya yang agak genius ini. haha

Katanya Kakak sulung saya, saya perangainya seperti princess, kuat belanja, sangat sombong, hanya mahu bercampur gaul sama keluarga terdekat, tidak bersama orang luar katanya. Mungkin nama Sarah itu sudah masuk dalam ke peribadian saya.

Dan mungkin juga perangai saya yang satu ini sebenarnya terhasil atas sebab tidak ada rakan yang memahami saya. Sikap saya yang angkuh dan suka kebebasan sedikit atau banyak menjengkelkan orang kebanyakkan. Ya, itulah yang paling sesuai diakui. hehe

Hingga saya beruntung mempunyai kakak yang hebat seperti kekanda Fairuz. Dia seorang yang sangat hebat. dilahirkan sebagai anak sulung bukanlah perkara yang mudah. Kakak saya punyai sifat yang keras, tidak mudah beralah, dan sangat penyayang. Walau pada asalnya kami sering bertelagah sewaktu kecil, namun itu sudah lama diatasi dengan sikap matang keturunan Foo. Sikap tanggunjawabnya terhadap adik-adik menebal sehinggakan dia banyak perhabisi wang yang cukup lebih untuk saya. Sungguhnya saya cukup beruntung. Jikalau tiada kasih juga, pemberiannya sudah mencukupi lebih dari kekasih-kekasih terdahulu. (mungkin yang ini saya nampak sedikit mata kebendaan)

Dan adik bongsu perempuan saya, adinda Nadia. Terangnya, nadia banyak mewarisi sifat kedua kakak nya, nadia ini merupakan penyimpan rahsia yang hebat. Punyai hati yang tulus dan mudah tersentuh membuatkan kami senang bersama diwaktu susah. Yang pasti, Kakak kami akan memberi sokongan yang kuat sewaktu kami dalam kesusahan.

Tadinya kami semua berkumpul diruangan McDonal menceritakan perihal-perihal lalu yang melucukan. Adanya nadia berbicara tentang obsessionnya pada seseorang lelaki. Saya juga turut memperihalkan kisah kasih saya bersama jerdi. Dulunya sewaktu belum bertegur sapa, kerana ingin mengingati dimana saya boleh bertemu dengannya, saya menyediakan jadual perjalanan harian jerdi. haha. Kak Fairuz memperihalkan bahawa hal itu sungguh extreme. Tapi itu dahulu :)

Saya kata, itu angau namanya, kerana terlalu meminati seseorang yang mungkin tidak boleh dimiliki, kita akan jadi tidak keruan dan senyum berseorangan mengenang masa indah zaman muda :)

Yang tersisa kini adalah kenangan manis, kisah kaseh di sekolah. Namun saya bahagia dengan apa yang saya ada sekarang ini. Syukur kehadrat Ilahi.. Alhamdulillah..

......................................... 
Sometimes its funny when how much u give your heart to them, they question what malay people called as kesetiaan. and in the end i was the one who feel betrayed. Going back to old flame is so out of the question. Totally, preposterously unacceptable.  

Wednesday, July 6, 2011

Gembira

Kerana hari berlalu dengan mudah, saya tidak mampu menahan sebak.

Untuk kasih sayang..

Terdahulu saya punyai seorang yang sangat saya kasihi, rasa saya, menakhlukinya merupakan kemenangan yang gagah buat saya. Hari kian berlalu saya menganggapnya satu kisah cinta yang asyik, hinggakan dia mengkhianati sehingga saya jatuh sebak saban hari tidak lalu makan, tidur tetap menangis.

Pada waktu itu saya fikir, tidak kira bagaimana cara, harus saya kejar dia. Kununnya atas dasar cinta semata, saya meracau seperti orang minyak kerana berita sedih itu.

Hingga satu ketika, saya tertanya sama ayah, " Ayah, bagaimana untuk gembira?" kerana buat saya sudah tiada makna gembira ketika itu. Hati saya seperti kosong. Ayah menjawab jawapan yang selamat, "Dengan menyerah diri kepada Allah swt"..Hati saya tenang..

Hari berganti silih, saya bertukar pasangan seperti menukar produk muka yang murah dan adanya yang mahal. Semua memberi cinta tulus, namun saya ingkar. Adanya saya mengikut kehendak kesenangan. Saya terus mencari rasa cinta itu sehingga bertemu yang ini.

Saya tahu cerita pertama akan membacakan cerita gembira  yang ini, cuma apa yang boleh dipesan, haruslah awak bercinta dengan baik, kerana akan tersia-lah harga titisan air mata dan rasa hancur hati. Namun kini saya bersenang, jangan risau :).

Cerita kedua punyai rasa hormat, walaupun ceritanya tidak seromantis kisah cinta yang lain, cuma ianya lain. Rasanya tidak perlu saya perihalkan ketulusan saya terhadap yang kedua. Pastinya yang lain akan berasa kurang senang. Cinta dan hormat membuatkan saya menyemat dihati untuk bersama mengharungi hari-hari tua  bahagia.

Sepertinya saya membayangi untuk berjalan ditaman bersamanya dan anak-anak, membeli sayuran kegemarannya di pasar bersama, berkemas rumah semasa hari raya bersama, memasakkan makanan kegemarannya, mecari uban sewaktu usia sudah lanjut, berjalan berpimpin sambil memakai jersi Arsenal sewaktu sudah tua kelak, meminta tolong mengurut tulang belakang saya, merapikan rambutnya supaya kekal terpacak, tertawa riang melihat kucing kami yang besar membuncit, bersama menonton bola sambil memakan pisang goreng, bersama menyapu bedak ke muka anak-anak, bercerita tentang kehebatannya kepada anak-anak, bersama tertanya perihal anak-anak sewaktu mengambil kad kemajuan anak-anak, dan  bersama tersenyum mengenang rasa kasih.

Namun, cinta manusia ada batasnya, kadang-kadang ia diatas, dan ada tarikh akhirnya. Tiada sedikit rasa untuk rasa menyalahkan lelaki, kerana Allah swt menjadikan lelaki itu sempurna untuk saya. Cuma, saya adalah tidak sempurna untuknya.

Walau rasa sebak maha tebal, tiada perkataan yang boleh diberi untuk menyatakan niat untuk memohon maaf. Adanya kesusahan kamu tidak dapat saya atasi, cuma adanya boleh diiringkan dengan air mata yang banyak. Hanya itu.

Adanya akal untuk menafsir namun pada kamu saya buntu kerana terlalu sayang sehingga saya hilang. Mungkin awak akan berasa gembira dengan mansuhnya saya.. Hanya itu yang termampu, kerana adanya saya  adalah beban.

Tidak perlu diperbahas betapa pedih dan sedih. Namun tidak usah terganggu. Saya cuma harus pejamkan mata, seperti sedang berbaring di tengah padang lapangan terbang yang luas, berlari-lari riang sambil mengutip bunga dendelion , menenung awan dan meniup dendelion itu.., begitulah perginya cinta-cinta saya dalam hati, terbang mengikut setiap dedebu dendelion.

Semuga dedebu itu subur mekar tanpa saya disisi.. Saya sangat cintakan awak.. cuma ...(awak tahu apa yang saya ingin sampaikan). Semuga awak terbang tinggi bersama harapan saya..

flyyy baby.. please fly away....

Sekian..

Friday, July 1, 2011

Wish List

"As the wind blows in my ears, whisper unnamed melody.. remind me of warm fuzzy felling when my old folks cuddle me.. and I closed my eyes and my mind started to sing the picture of us"
I love you both, Sara..

......................................................

Terbitnya fajar diawal pagi ini teringat akan tugas harian yang perlu dilaksana, tepat jam 5.50 pagi, telefon bimbit berbunyi menanda sudah perlu bangkit. Dimulakan hari dengan senaman ringan, melihat pesanan-pesanan ringkas langsung ke kamar mandi.

Hari kerjaan bukanlah hari yang senang, mahupun hari ini orang atasan bercuti, namun tersedia kerjaan yang agak mustahil untuk terlaksana. Namun tetap positif. :)

Ya, hari ini merupakan hari pertama bulan Julai, bulan kelahiran saya. Sebagai wanita normal yang hidup di bumi yang indah ini, sudah tentulah saya punyai hajat untuk tertunai. Saya mahukan sambutan besar-besaran yang grand sekali. Saya mahukan "surprise party" yang dipenuhi belon yang warna warni, lampu neon yang memancar serta bunga api yang meletus-letus diruang udara sambil semuanya berteriak SELAMAT ULANG TAHUN SARAHHHH!! dan ternyayikan birthday song untuk saya.

Sungguhnya yang diatas itu bohong. haha..

.....................................................................

Teringat akan suatu ketika sekitar ulang tahun saya yang lalu. Waktu itu rasa cinta sangat menebal, tepat jam 12 malam, teman lelaki saya menalipon, memperihalkan tentang selamat ulang tahun. Sudah tentulah sekitar jam 12, saya sudah tidur, namun memikirkan teman lelaki mungkin bakal datang,, saya bersiap wangi-wangian, kiranya ada surprise untuk saya. haha

Dilanjutkan kisah, teman menalipon, katanya, " Happy Birthday Sara.. bla bla bla..sudah tidur? sedang buat apa? ,, Saya berkata " saya tidak boleh tidur, sakit dada,, kata saya. bla bla

Disuatu sudut perbualan dia berkata " Sara, adakah kamu menunggu saya untuk berada dihadapan rumah kamu dengan menggendong anak patung yang besar, sebagai surprise untuk birthday kamu?..

Saya terkedu kerana seperti yang dikatakan, saya mengharap yang itulah..dalam fikiran saya..

Tapi jawapannya " Ehhh, mana mungkin saya menunggu kamu sewaktu hari sudah larut malam, ( ketawa menahan sedih) Hahaha

Namun yang lepas sudah tidak elok diperbincang cuma kadang-kala rasa tertampar atas ingatan itu :)

Walaupun itu, saya tetap punyai hajat untuk hari kelahiran saya. Harap-harap saya bakal menerimanya satu hari nanti..


  • TV LCD samsung
TV ini adalah untuk ayah saya yang amat saya sayangi ..Insyallah ayah, sara akan usahakan :)

  • Jam Guess
Walaupun jam ini tidak menepati cita rasa saya, saya mahukannya untuk umi yang saya cintai. (umi tunggu sara belikan jam mahal okey? )

  • I-pad
Mahunya Kak Fair punyai wang yang banyak, namun saya berhajat yang ini untuknya.

  • NIKE sport shoes

I want this for my precious brother Rafie..dah la rafi, buang je la kasut dah koyak tu..

  • Camera DSLR
Even though she always destroy all the electronic gadget around her, I still want this for my baby sister, Nady



  • Supra (who ever give this shoes this name must be mentally disturbed)
Syaikh seorang yang mata barangan, ini untuk kamu. 


dan akhirnya,,,

I just need one thing for my birthday, ..

Happy Birthday Sara..