Wednesday, July 6, 2011

Gembira

Kerana hari berlalu dengan mudah, saya tidak mampu menahan sebak.

Untuk kasih sayang..

Terdahulu saya punyai seorang yang sangat saya kasihi, rasa saya, menakhlukinya merupakan kemenangan yang gagah buat saya. Hari kian berlalu saya menganggapnya satu kisah cinta yang asyik, hinggakan dia mengkhianati sehingga saya jatuh sebak saban hari tidak lalu makan, tidur tetap menangis.

Pada waktu itu saya fikir, tidak kira bagaimana cara, harus saya kejar dia. Kununnya atas dasar cinta semata, saya meracau seperti orang minyak kerana berita sedih itu.

Hingga satu ketika, saya tertanya sama ayah, " Ayah, bagaimana untuk gembira?" kerana buat saya sudah tiada makna gembira ketika itu. Hati saya seperti kosong. Ayah menjawab jawapan yang selamat, "Dengan menyerah diri kepada Allah swt"..Hati saya tenang..

Hari berganti silih, saya bertukar pasangan seperti menukar produk muka yang murah dan adanya yang mahal. Semua memberi cinta tulus, namun saya ingkar. Adanya saya mengikut kehendak kesenangan. Saya terus mencari rasa cinta itu sehingga bertemu yang ini.

Saya tahu cerita pertama akan membacakan cerita gembira  yang ini, cuma apa yang boleh dipesan, haruslah awak bercinta dengan baik, kerana akan tersia-lah harga titisan air mata dan rasa hancur hati. Namun kini saya bersenang, jangan risau :).

Cerita kedua punyai rasa hormat, walaupun ceritanya tidak seromantis kisah cinta yang lain, cuma ianya lain. Rasanya tidak perlu saya perihalkan ketulusan saya terhadap yang kedua. Pastinya yang lain akan berasa kurang senang. Cinta dan hormat membuatkan saya menyemat dihati untuk bersama mengharungi hari-hari tua  bahagia.

Sepertinya saya membayangi untuk berjalan ditaman bersamanya dan anak-anak, membeli sayuran kegemarannya di pasar bersama, berkemas rumah semasa hari raya bersama, memasakkan makanan kegemarannya, mecari uban sewaktu usia sudah lanjut, berjalan berpimpin sambil memakai jersi Arsenal sewaktu sudah tua kelak, meminta tolong mengurut tulang belakang saya, merapikan rambutnya supaya kekal terpacak, tertawa riang melihat kucing kami yang besar membuncit, bersama menonton bola sambil memakan pisang goreng, bersama menyapu bedak ke muka anak-anak, bercerita tentang kehebatannya kepada anak-anak, bersama tertanya perihal anak-anak sewaktu mengambil kad kemajuan anak-anak, dan  bersama tersenyum mengenang rasa kasih.

Namun, cinta manusia ada batasnya, kadang-kadang ia diatas, dan ada tarikh akhirnya. Tiada sedikit rasa untuk rasa menyalahkan lelaki, kerana Allah swt menjadikan lelaki itu sempurna untuk saya. Cuma, saya adalah tidak sempurna untuknya.

Walau rasa sebak maha tebal, tiada perkataan yang boleh diberi untuk menyatakan niat untuk memohon maaf. Adanya kesusahan kamu tidak dapat saya atasi, cuma adanya boleh diiringkan dengan air mata yang banyak. Hanya itu.

Adanya akal untuk menafsir namun pada kamu saya buntu kerana terlalu sayang sehingga saya hilang. Mungkin awak akan berasa gembira dengan mansuhnya saya.. Hanya itu yang termampu, kerana adanya saya  adalah beban.

Tidak perlu diperbahas betapa pedih dan sedih. Namun tidak usah terganggu. Saya cuma harus pejamkan mata, seperti sedang berbaring di tengah padang lapangan terbang yang luas, berlari-lari riang sambil mengutip bunga dendelion , menenung awan dan meniup dendelion itu.., begitulah perginya cinta-cinta saya dalam hati, terbang mengikut setiap dedebu dendelion.

Semuga dedebu itu subur mekar tanpa saya disisi.. Saya sangat cintakan awak.. cuma ...(awak tahu apa yang saya ingin sampaikan). Semuga awak terbang tinggi bersama harapan saya..

flyyy baby.. please fly away....

Sekian..

No comments:

Post a Comment