Sunday, August 14, 2011

Pengorbanan

In order to have one, another should be forgo. .

Ia merupakan satu lumrah kehidupan. Kata orang, perihal tuntutan alam yang benar demi memenuhi keseimbangan bumi yang makin hilang.

Ada sesuatu yang terdesak untuk kita miliki, hanya boleh dimiliki dengan mengorbankan yang lain. Bagi sudut saya, itulah yang dipanggil keadilan, Contohnya, jikalau saya mahu kulit yang mulus seperti porcelin, haruslah saya mengerjakan rutin harian yang remeh lagi merimaskan seperti memakai topeng yang comot.

Walau secara amnya, memakai topeng membuatkan saya kelihatan seperti vampire versi mitos perempuan melayu berambut panjang sambil berterbangan diatas pepohon , namun itu adalah dipanggil satu "Pengorbanan". Ya, itu adalah pengorbanan masa yang banyak.

Dari sudut lainnya, jikalau saya ingin mempunyai kawan yang baik, saya haruslah berdoa kepada Allah swt untuk kawan saya itu menerima saya seadanya, dalam masa yang sama, menyelusuri kata-kata indah untuk berteman dan iklas. Bagi sesetengah orang Melayu di zaman merong mahawangsa , itu dipanggil "perigi cari timba". Namun kata saya, itu adalah satu langkah epik bagi seorang wanita yang ingin berdaya saing. Itu juga satu pengorbanan bukan?

Yang penting, seorang itu, haruslah mengenal diri sendiri. Perlu fikir seeloknya, apakah yang perlu dikorbankan untuk kebahagiaan hakiki. dan yang lebih penting, kita perlu menghormati pendapat dan kerperibadian yang lain, kerana itulah yang ingin dipertanam ke dalam diri rakyat oleh pemerintah kita, dengan mengaplikasi demokrasi berparlimen. ( bebas, namun tetap mempunyai peraturan asas). Bijak bukan? (ok ini adalah metafora, bukan sokongan untuk kerajaan). Maksud yang lebih jelas, berkorban untuk mendapat yang apa dimahu, megikut ideologi sendiri tapi diperbatasi dengan peraturan.

Jangan kerana kita berpendapat jika kita ingin maju dalam perniagaan contohnya, perlu bersifat seperti cina. kerana kita tahu cina merupakan juru perniagaan yang hebat. Seharusnya, tidak perlulah berkorban jati diri untuk berjaya, kerana itu sesuatu pengorbanan yang kurang elok.

Contohnya, sikap mengampu itu tidak elok, jadi tidak perlulah berkorban untuk menadaptasi perbuatan mengampu itu untuk berjaya. Kerana cara yang cerdik bukan dengan melakukan perilaku yang kurang sopan itu. (pendapat secara am, tiada spesifiknya atas mana-mana kaum di Malaysia).

Dilanjutkan cerita,,

Seperti tadi siang, saya meperihalkan kepada kekanda sulung tentang kadar sekatan perbelanjaan saya yang melampau, kanda menyatakan bahawa saya perlu mengutamakan kesihatan kerana ia adalah paling penting.

Tapi sepertinya, saya merasakan bahawa ada yang lebih penting. Yang terpenting buat saya adalah keluarga. Kerana menyesali perilaku saya mengabaikan keluarga seperti yang lepas, saya akan memperlepas apa yang ada untuk membalas kembali kasih sayang mereka. saya tidak mahu melabel kasih sayang mereka sebagai pengorbanan,. kerana it sounded insincere bukan?.

Mungkin ada diantara teman yang masih samar tentang significantnya institusi kekeluargaan, sesungguhnya perlu percaya bahawa inilah satunya sebab terulung untuk melakukan pengorbanan. Keluarga merupakan sumber asas bagi nadi saya untuk hidup.

Kerana saya sedar sekarang hanya mereka yang membuatkan saya tersenyum selalu.

Dihujungnya, saya ingin memperihal bahawa, sesuatu perlu dikorban untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Cuma pertimbangan dan anggaran yang tepat perlu untuk menyusun priority kita. Aplikasi semua yang dipelajari dari alam. Dengan izin Allah swt, akan bergumbira kelak.



Oleh itu,,Semoga kita lebih maju kehadapan. Sekian :)

4 comments:

  1. Hoii...Ko jgn pakai topeng tu selalu..nanti Mudarat...Sesuatu yang di guna pakai itu harus sederhana...jgn berlebihan..supaya tidak memudarat kan...

    ReplyDelete
  2. hahaha,, ye le..abes nk bdn cntik kene pkai suit supermen boley x? (gurdel) haha

    ReplyDelete
  3. Kak Sarah..best r baca entry2 akk...
    cpt2 update entry br k..hehe

    ReplyDelete