Saturday, September 24, 2011

Gossip

"Casual or unconstrained conversation or reports about other people, typically involving details that 
are not confirmed as being true"


Well, that is how dictionary defines gossip. For those with pure heart, try best to avoid this un-beneficial activity. But not me. :)

Semestinya saya seorang yang gemar gosip, atau kata melayunya, umpatan; kabar angin atau rumor. Ya, selalunya wanita lebih dikaitkan dengan perihal yang ini, kononnya kerana jenis kami adalah yang cemerlang dalam percakapan.

Tapi adanya lahir manusia itu, lain karektornya, semestinya saya ini bukanlah seorang yang riang, jauh sekali digelar juruhebah yang masyhur. Jika dihisab dalam waktu dalam seharian itu, secara purata, saya hanya menyumbang suara 2 jam dalam masa keseluruhan iaitu 24 jam. 

Bukannya saya ini pemalu atau penyopan jenisnya, cuma bagi saya bercakap memerlukan daya fikiran yang tinggi untuk mencari topik yang menarik, mahu pula ia perlunya miliki tenaga yang banyak untuk bercakap. Sungguh letih sekali dan tidak seronok.

Okey ayuh ke tajuk asal, mahunya saya gemar gosip, tapi peranannya adalah pendengar yang baik. Tujuan sebenar mengumpul data untuk di jadikan informasi yang benar. Ya, perihal yang itu paling saya gemar tentang gosip. Sungguh sarat dengan maklumat terkini.

Seringnya, kita kaitkan gosip atau rumor dengan perkara yang seronok didengar kerana ianya berkaitan dengan perkara yang tidak enak tentang seseorang. 

Benar, itu perkara lazim yang terlintas pabila perkataan gosip disebut-sebut. Dan lagi satu kelaziman yang manusia sejagat tidak menyedari ialah, si mulut manis yang berkata itu, akhirnya perkara kurang elok yang diperkata itu kembali kepadanya.

Contoh dari pengalaman muda saya :
Si polan ; Bedah, kau nak tau.. Si Sarah anak Kentan cucu Jah tu failed matrix sebab gasak bercinta sakan dengan boipren die. Asyik berkepit je siang malam.

( the truth is i didn't failed my matriculation but got extended. and to berkepit with my handsome yet athletic boyfriend at that moment 24 7 in that rural area is rather impossible because? ..-please ask someone who been tru matriculation before, what are the rules implied there. Dang! i hate that place..haha)

Things that sadden me most at that very moment is how my parents coped with the rumor. I was their chocolate yet showered with golden on top daughter. sure you captured what i am trying to deliver. 

and it so happened that similar situation takes place to si polan's son. What a tragedy. Well, Si polan's son, i'm sorry. Never was my intention for karma. 

Adakah kini sudah tersampai maksudnya? mungkin belum. Apa yang ingin saya katakan adalah, setiap yang digosipkan ke persekitaran SELALUNYA akan kembali ke arah kita.

Jika kita bercakap tentang betapa gemuknya seseorang itu, kita pula yang gemuk kelak.
Jika kita mencerita tentang bertapa miskinnya orang itu sehingga meminta-minta, kelak kita yang meminta.

Saya percaya, 100% percaya Allah swt itu maha adil. Beruntung bagi kita kerana, ini adalah jalan cara dimana Tuhan memperlihat tentang hukum alam. Sudah diperkata dalam Quran Karim, namun itu lah yang sering terlupa.

Sebetulnya buat saya, gosip itu tidak salah. cuma perlunya isi kandungan gosip itu.
Cubalah kita ubah kandungan nya, dari yang buruk kepada yang elok. Seperti;

  1. Kau tau Jenab, sarah anak kentan tu, tidak banyak bercakap, baguslah nanti jadi menantu tak la banyak songeh. (haha)
  2. Anak moss yang no 2 tu, berisi orangnya, comel je aku tengok. kalau jadi menantu nanti tak adalah orang cakap aku ta bagi menantu cukup makan.
(perbualan diatas ada sedikit kepoyoan namun ianya rekaan semata-mata)

Seterangnya, yang ingin saya sampaikan, mahunya setiap manusia itu ada lemahnya, namun, ambil yang lemah itu untuk ditukar kepada doa untuk kebaikkan. Agar, kita jua mendapat karma yang baik atas perkataan yang mulia tersebut-sebut di bibir untuk mendoakan yang lain.

Semoga anda tidak keliru dengan paparan kali ini. :)

With love,
Sarah Mustafa


haus bergosip? ayuh minum air mineral untuk kesihatan tubuh badan dan terus bertenaga :)

Tuesday, September 20, 2011

Halimunan

Its been a hectic day, hectic week. September seems like a long month indeed. Well, its Syawal, and food is my biggest temptation right now. Been eating a lot, gained weight, loosed some, gained back some. Unstable. Sekian, a brief talk bout my current situation.

Di pada masa yang sibuk, saya berkenalan dengan semakin ramai teman, semakin ramai, ramai dan ramai. Kadangnya saya fikir, saya ini social freak apa? rambang mata? atau hanya seorang yang gemar mencari perhatian walaupun yang saya lakukan hanya duduk ditengah ramai sambil berdiam diri.

Di tengah itu saya merasa letih, sebetulnya bukan ini yang saya mahukan. Saya cuma mahukan hubungan yang terjamin, tiada risiko, dimana baru kini kian sedarnya bahawa, komited itu bukanlah saya. Apabila sebuah hubungan itu terusan terbitnya keseriusan yang menebal, i just bailed. I just freak out.

Pada mana itu, bila umur semakin langsung, saya perlu mengerti tentang harusnya sifat tanggungjawab terhadap agama, keluarga, bangsa, dan negara. Namun dimana perlu saya dahulukan? Terlalu tinggi impian sehingga saya perlu mengorbankan salah satu kerana kelekaan saya diwaktu masih mentah. Tentunya yang akan saya korbankan itu bukan agama dan keluarga.

Saya tidak layak lagi menjadi halimunan, kerana hidup adalah sekali. Pada saat-saat sukar ini, terkenang kembali teman-teman yang pernah membahagiakan saya. And again, saya buat kesilapan yang berulang.
and i know, some of you think that saya hanya menganggap awak hanyalah titik kecil dalam hidup saya. Ianya bukan.

Teringat saya kepada seorang yang pernah hadir dalam kisah cinta. Seorang yang sederhana, tentunya lebih muda.(okey,okey jauh lebih muda) haha. Awal pertemuan kami hanyalah seperti orang kebiasaan, tiada tanda-tanda seperti novel cinta melayu classic. #okeyinisudalebey.

The very first time we spoke to each other, he was shaking. I noticed that, but that moment should be kept as a sweet moment. Indeed, deep inside, I know he adored me so. and that was special.

I went on living as I have no idea regardless his feeling.  but as time goes by, as i switch companionS, he just stayed there and wait. and that was special too.

Bila tiba mana, mungkin saya terlihat kebaikan hatinya, tulus, saya bertanya tentang hati. And we had something sacred. Something yang mana tidak mungkin kebanyakan lelaki melihat saya dari sudut itu. Something yang tenang. Dan kerana itu, kami tersenyum.

Sejujurnya, hadirnya dia itu menyentuh hati kecil. Walau mana kadang orang-orang menekankan saya ini ramai  yang ada, tapi itu bukan lah yang saya perlukan. Tapi kesilapannya, saat sudah rela melepaskan karakter tidak sopan saya itu untuk melangsungkan hidup secara tenang, he just choose to gave up on me.

Mungkin saya begitu sukar. Sukar untuk dibuat teman. Even what we had cannot be called as true love, but i do noticed you and adore you. Saya benar berharap yang dia akan tahu yang ini. With that brief relationship, saya harap dia mengerti dia bukanlah seperti bayu yang lalu untuk menyamankan saya. Bukan hanya itu.

Dan mungkin, kerana rasa bersalah terhadap kesalan lama, saya menjadi halimunan. Kononnya mahu orang melupakan saya, dan tidak berdendam. Tapi api kemarahan manusia itu bukanlah satu yang mudah untuk lenyap. Ia bukan mudah. Hanya akan hilang dengan sebuah kematian. Tapi itu sudah melanggar hukum alam.

Saya bukan sama seperti manusia mulia yang lain, cuma yang Allah swt beri sedikit kekuatan untuk saya memejam mata, dan terus melupakan kesedihan dan kemarahan perihal lalu. Dendam itu bukan sesuatu yang elok. Harus terima kekalahan.

Namun sedarnya dari itu, langkah untuk terus menjadi halimunan adalah satu langkah seorang pengecut. Dan untuk menjadi ahli kelabnya superhero, #pembantusuperman, saya perlu gagah berani. Oleh itu, mulai sekarang, saya akan memakai pakaian terang untuk menjadi bold #oppositehalimunan.

 Ayuh, kita melangkah ke puncak!

*saya menaip menggunakan happy, oleh itu, tiada gamba untuk dikongsi, maaf.haha