Saturday, September 24, 2011

Gossip

"Casual or unconstrained conversation or reports about other people, typically involving details that 
are not confirmed as being true"


Well, that is how dictionary defines gossip. For those with pure heart, try best to avoid this un-beneficial activity. But not me. :)

Semestinya saya seorang yang gemar gosip, atau kata melayunya, umpatan; kabar angin atau rumor. Ya, selalunya wanita lebih dikaitkan dengan perihal yang ini, kononnya kerana jenis kami adalah yang cemerlang dalam percakapan.

Tapi adanya lahir manusia itu, lain karektornya, semestinya saya ini bukanlah seorang yang riang, jauh sekali digelar juruhebah yang masyhur. Jika dihisab dalam waktu dalam seharian itu, secara purata, saya hanya menyumbang suara 2 jam dalam masa keseluruhan iaitu 24 jam. 

Bukannya saya ini pemalu atau penyopan jenisnya, cuma bagi saya bercakap memerlukan daya fikiran yang tinggi untuk mencari topik yang menarik, mahu pula ia perlunya miliki tenaga yang banyak untuk bercakap. Sungguh letih sekali dan tidak seronok.

Okey ayuh ke tajuk asal, mahunya saya gemar gosip, tapi peranannya adalah pendengar yang baik. Tujuan sebenar mengumpul data untuk di jadikan informasi yang benar. Ya, perihal yang itu paling saya gemar tentang gosip. Sungguh sarat dengan maklumat terkini.

Seringnya, kita kaitkan gosip atau rumor dengan perkara yang seronok didengar kerana ianya berkaitan dengan perkara yang tidak enak tentang seseorang. 

Benar, itu perkara lazim yang terlintas pabila perkataan gosip disebut-sebut. Dan lagi satu kelaziman yang manusia sejagat tidak menyedari ialah, si mulut manis yang berkata itu, akhirnya perkara kurang elok yang diperkata itu kembali kepadanya.

Contoh dari pengalaman muda saya :
Si polan ; Bedah, kau nak tau.. Si Sarah anak Kentan cucu Jah tu failed matrix sebab gasak bercinta sakan dengan boipren die. Asyik berkepit je siang malam.

( the truth is i didn't failed my matriculation but got extended. and to berkepit with my handsome yet athletic boyfriend at that moment 24 7 in that rural area is rather impossible because? ..-please ask someone who been tru matriculation before, what are the rules implied there. Dang! i hate that place..haha)

Things that sadden me most at that very moment is how my parents coped with the rumor. I was their chocolate yet showered with golden on top daughter. sure you captured what i am trying to deliver. 

and it so happened that similar situation takes place to si polan's son. What a tragedy. Well, Si polan's son, i'm sorry. Never was my intention for karma. 

Adakah kini sudah tersampai maksudnya? mungkin belum. Apa yang ingin saya katakan adalah, setiap yang digosipkan ke persekitaran SELALUNYA akan kembali ke arah kita.

Jika kita bercakap tentang betapa gemuknya seseorang itu, kita pula yang gemuk kelak.
Jika kita mencerita tentang bertapa miskinnya orang itu sehingga meminta-minta, kelak kita yang meminta.

Saya percaya, 100% percaya Allah swt itu maha adil. Beruntung bagi kita kerana, ini adalah jalan cara dimana Tuhan memperlihat tentang hukum alam. Sudah diperkata dalam Quran Karim, namun itu lah yang sering terlupa.

Sebetulnya buat saya, gosip itu tidak salah. cuma perlunya isi kandungan gosip itu.
Cubalah kita ubah kandungan nya, dari yang buruk kepada yang elok. Seperti;

  1. Kau tau Jenab, sarah anak kentan tu, tidak banyak bercakap, baguslah nanti jadi menantu tak la banyak songeh. (haha)
  2. Anak moss yang no 2 tu, berisi orangnya, comel je aku tengok. kalau jadi menantu nanti tak adalah orang cakap aku ta bagi menantu cukup makan.
(perbualan diatas ada sedikit kepoyoan namun ianya rekaan semata-mata)

Seterangnya, yang ingin saya sampaikan, mahunya setiap manusia itu ada lemahnya, namun, ambil yang lemah itu untuk ditukar kepada doa untuk kebaikkan. Agar, kita jua mendapat karma yang baik atas perkataan yang mulia tersebut-sebut di bibir untuk mendoakan yang lain.

Semoga anda tidak keliru dengan paparan kali ini. :)

With love,
Sarah Mustafa


haus bergosip? ayuh minum air mineral untuk kesihatan tubuh badan dan terus bertenaga :)

No comments:

Post a Comment