Wednesday, October 19, 2011

Alone

LEAVE ME ALONE.

Thats the word id often use. 

I dont know why..

 But most people just dont understand that simple sentence.

Aktiviti yang disukai sendirian:


  1. Suka bersendiri menaiki bus. Tiada percakapan diperlukan, hanya saya dan mp3, bernyayi riang sama melihat keindahan alam sekitar.
  2. Bersendirian di rumah. Saya boleh berdansa sendiri sambil berbual dengan burung-burung di tepi tingkap tanpa orang lain menganggap saya ini sudah tiada siuman.
  3. Bersendirian ketika makan. Saya memakan sesukanya hati saya. Tiada yang mengadu saya makan itu sungguh comot. Cuma yang tiada seronok, saya perlu membayar sendiri. Hihi.
  4. Bersendirian ketika berjalan-jalan. Saya sesukanya pergi kemana yang saya gemar. Farmasi Guardian, Kedai Makan yang murah, banyak dan sedap, dan restauran. Oh, sama dengan kedai makannya tadi.
  5. Bersendirian ketika ke perpustakaan. Saya boleh berduduk ditempat kegemaran saya. Melihat gambar-gambar buku seni zaman renaissance, melihat jenis-jenis makanan yang enak, membaca buku-buku fiksyen(paling saya gemar).
  6. Bersendirian ketika berjogging. Tiada yang akan mengeluh ketika saya berlari seperti kuda, harimau berbintang atau.. seperti semut yang tiada kaki.
  7. Bersendirian ketika menonton. Saya sungguh tidak menyukai jikalau konsentrasi saya terganggu. Terutama ketika menonton lelaki-lelaki kacak di skrin besar.
  8. Hanya bersendirian. Tiada yang mengatur, bagaimana saya harus berpakaian : seperti perempuan cantik, hantu atau harimau jadian. Bebas memakai warna yang saya gemari, tanpa dikatanya saya ini fasyen freak. Sesukanya saya memakai sesuka saya dengan apa yang saya suka tanpa si dia mengatakan bahawa ianya tidak sesuai dengan saya. Itulah yang paling saya terpantang dalam dunia ini.

Kesimpulannya: Jangan terlintas untuk mengawal saya.
Sekian.

Wednesday, October 5, 2011

Bacalah


In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

 Read! In the Name of your Lord Who created
He has created man from a clot
Read! And your Lord is the Most Generous
Who has taught by the pen
He has taught man that which he knew not

Ramainya yang dewasa sering menyoal, seawal berapa usia anak-anak boleh membaca? Pernah ada seorang anak lelaki kecil yang boleh membaca seawal 3 tahun setengah, dan semuanya mulai memanggilnya genius. Saya, dari kata lain, hanya boleh membaca selewat usia 11 tahun (darjah 5). Tidak geniuskah?

Oleh kerana kerterlambatan saya memahami dan membunyikan sebutan-sebutan abjad tersebut, guru darjah telah memasukan saya ke kelas pemulihan (semacam pusat pemulihan saja). Dimana, anak-anak yang agak kurang terlihat bakat membacanya, diberi bimbingan tambahan (tapi saya tidak pernah hadir kerana sibuk bermain). Ya, dan juga dikelas, saya diletakkan dibahagian terhadapan sekali, kerana kata guru, supaya ilmu itu cepat masuk dalam otak saya ini. Katanya.

Ayah adalah seorang yang sangat tenang. Setiap kali kad kemajuan diminta ditanda tangani, pasti adik beradik saya buah usah risau saja, walhal dalam kad tersebut semuanya bertanda pen berdakwat merah. Lebih-lebih lagi yang saya ini, hasil dari aktiviti harian yang mana, makan, main, makan dan makan lagi. Tambah pula agak lambat berbanding rakan-rakan seumuran itu.

Namun, walau sebegitu cara ayah, ayah selalu berpesan "sarah, baca buku, tiada orang yang pandainya tidak membaca". Saya hanya angguk dan terus tidak membaca. Ayah banyak menasihati cara yang lembut, kadangnya saya dengar dan faham, cuma yang malas ini sudah tidak dapat dibendung. Hasil di fahamkan sewaktu sudah dewasa, ideologi ayah adanya mungkin terinfluansi dengan ideologi mahathir, oleh itu, bila sebesar begini, ayah sering menyuruh saya membaca artikel nukilan mahathir. dan ia berjaya menukar saya menjadi pembaca. Namun ada syaratnya.

Ya, Mahathir mengesa rakyat supaya membaca, terutama yang Melayunya, kerana situlah sumber infromasi yang utuh. Berapa jenis rancangan sekolah diperkenal untuk mempertingkat kekerapan pembacaan seperti program nilam. (sejujurnya satu pun dalam buku nilam itu tidak pernah saya baca). Maaf cikgu. haha

Tetapi, sungguhnya serantau ini mahunya punya banyak bahan bacaan, Majalah, Akhbar, Internet artikel, komik dan sebagainya. Namun yang tergemar oleh orang sebarisan dengan saya adalah hiburan dan khabar kontroversi : nenek berusia 72 tahun berkahwin buat kali ke 19. (pelik sungguh mengapa perlu dihirau pasal nenek itu).

Dengan adanya akhbar dan berita-berita yang pada saya, kurang membina inilah meyebabkan kekeliruan fikiran manusia sejagat. Manusia yang sifatnya kebanyakan mudah terpengaruh, bahan bacaan ini mempunyai kadar pengaruhan yang tinggi. Kadangnya membuat kita percaya kepada yang tidak.

Dengan itu, haruslah kita menjadi selective reader, atau kata lawnya, putting the veil of ignorance kepada yang tidak benar dan dayus. Hal ini kerana, bukan semua yang lahir kedunia punya kebolehan menganalisis data dengan baik. Apa yang kita baca, kita percaya. Kununnya apa yang ditulis itu bolehlah dipercaya. Tapi palsu dan hina.

Kesimpulannya, kata dari rakan saya, sesuatu yang dibaca tidak boleh di un-baca. Oleh yang sehal itu, perlulah kita memilih sumber yang elok. Pentingnya membaca, itulah yang perlu untuk berilmu. Seperti kata Mahathir itulah. Hanya kita yang disini standing from distance away adoring him dan susun ilmunya, but we do nothing untuk sepangkat dengannya. Agak sedih.  Namun usah risau, kita belum terlambat.



reading can also help you sleep better. hehehe.. ayuh!

ps: love u dad :)

Saturday, October 1, 2011

Makan.

Saya seorang yang suka makan spegeti dan minum air green tea yang enak.

Adanya saya dilahirkan seorang gemarkan makan-makan. Sejak kecil, saya merupakan yang kelihatan agak montel berbanding beradik yang lain. Umi memerihalkan bahawa sewaktu dilahirkan, dia seakan tidak percaya berjaya melahirkan anak yang sungguh besar. (memandangkan kakak sulung adalah seorang yang kecil-elok parasnya). Well mom, im your biological daughter okey? hahaha.

Dilahirkan dari keturunan-keturunan ahli sukan, menjadi seorang yang gemuk itu bukan sesuatu pilihan. Ianya ditentang keras oleh ayah. Ayah sungguh melarang saya menjadi gemuk. Setiap kali saya mahu memakan makanan yang enak pasti ada bunyinya seperti "Sara, mana tiada gemuknya kamu itu kalau sering makannn saja" walhal pada waktu tersebut saya baru mahu mukadimah santapan pertama.

Ayah merupakan state football player and mom was a sprinter. Tiada beruntungan anak-anak mereka bukanlah jaguhan sukan. Namun haruslah diakui, walaunya saya adalah yang tergemuk, namun saya juga paling bersukan. Saya boleh berlari, bermain badminton, bermartial art, berenang, bermain bola jaring dan pelbagai bola yang lain, saya boleh bermain golf,, hanya bermain sepak takraw belum ada bakatnya lagi..hihi..see dad, sara kinda awesome untuk orang yang gemuk ok? haha.  Sememangnya, sukan dan lagi satunya muzik, sudah menjadi dalam darah saya. :)

Berbalik kepada topik makanan ini, sewaktu tamat penilaian PMR, saya yang tidak disangka pintar itu, telah mendapat keputusan cemerlang. (Rezeki dari Tuhan). Alhamdulillah. Sungguh mom and dad tidak menduga keputusan itu since im placed at second last class. I dont care much about academic back then. (sebenarnya its not that hard if u work smart enuf).

Kerana saya ini jiwanya lebih kepada art, i love muzik, sukan and food, so i told mom, i want to be a cook. Ayah was like, what?!. Well dad, bidang tu sungguh fun dan senang, tidak perlu banyak menggunakan daya pemikiran yang tinggi.( saya sungguh pemalas).

Kerana ayah sungguh kepingin melihat anaknya menjadi dokter, ayah menentang keras, dan umi turut serta. #sedih. Namun, disaat ini, saya bukanlah seorang dokter. Saya adalah peng-key in data yang hebat. (im so not doing this job ever again lepas practical, please God help!!) . Sungguhnya itulah kisah hidup saya yang menyayat hati. T.T

Tapi saya percaya, Tuhan itu maha mengetahui, ianya benar, hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat saya. Being a chef memang seronok, but im gonna end up hell fat kerana selalu menghabiskan makanan yang dimasak.

Thus, oleh kerana cita-cita yang tertangguh, saya menyimpan impian untuk mempunyai dapur yang lengkap dengan barangan masakan, di samping menanam herba-herba terpilih untuk menghiasi ruangan masak , dilengkapi dengan jendela yang besar supaya ultra lembayung boleh menyimbahi hikmatnya untuk bantuan pembesaran herba-herba tersebut.

Bila mana saya mahu memasak, saya hanya perlu memetik herba-herba tersebut. Oh! sungguh bahagia sekali..hihi. Please mr.futurehusband, i need this! haha.

but then again now,, i need to start back my daily routine. control my diet and exercise. im sorry angel sara, satan sara ni yang suruh makan bukan-bukan. next week i bagi makanan sehat okey? . Semuga Suksess :)


oh please sara, stop thinking bout food.