Wednesday, October 19, 2011

Alone

LEAVE ME ALONE.

Thats the word id often use. 

I dont know why..

 But most people just dont understand that simple sentence.

Aktiviti yang disukai sendirian:


  1. Suka bersendiri menaiki bus. Tiada percakapan diperlukan, hanya saya dan mp3, bernyayi riang sama melihat keindahan alam sekitar.
  2. Bersendirian di rumah. Saya boleh berdansa sendiri sambil berbual dengan burung-burung di tepi tingkap tanpa orang lain menganggap saya ini sudah tiada siuman.
  3. Bersendirian ketika makan. Saya memakan sesukanya hati saya. Tiada yang mengadu saya makan itu sungguh comot. Cuma yang tiada seronok, saya perlu membayar sendiri. Hihi.
  4. Bersendirian ketika berjalan-jalan. Saya sesukanya pergi kemana yang saya gemar. Farmasi Guardian, Kedai Makan yang murah, banyak dan sedap, dan restauran. Oh, sama dengan kedai makannya tadi.
  5. Bersendirian ketika ke perpustakaan. Saya boleh berduduk ditempat kegemaran saya. Melihat gambar-gambar buku seni zaman renaissance, melihat jenis-jenis makanan yang enak, membaca buku-buku fiksyen(paling saya gemar).
  6. Bersendirian ketika berjogging. Tiada yang akan mengeluh ketika saya berlari seperti kuda, harimau berbintang atau.. seperti semut yang tiada kaki.
  7. Bersendirian ketika menonton. Saya sungguh tidak menyukai jikalau konsentrasi saya terganggu. Terutama ketika menonton lelaki-lelaki kacak di skrin besar.
  8. Hanya bersendirian. Tiada yang mengatur, bagaimana saya harus berpakaian : seperti perempuan cantik, hantu atau harimau jadian. Bebas memakai warna yang saya gemari, tanpa dikatanya saya ini fasyen freak. Sesukanya saya memakai sesuka saya dengan apa yang saya suka tanpa si dia mengatakan bahawa ianya tidak sesuai dengan saya. Itulah yang paling saya terpantang dalam dunia ini.

Kesimpulannya: Jangan terlintas untuk mengawal saya.
Sekian.

No comments:

Post a Comment