Wednesday, October 5, 2011

Bacalah


In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

 Read! In the Name of your Lord Who created
He has created man from a clot
Read! And your Lord is the Most Generous
Who has taught by the pen
He has taught man that which he knew not

Ramainya yang dewasa sering menyoal, seawal berapa usia anak-anak boleh membaca? Pernah ada seorang anak lelaki kecil yang boleh membaca seawal 3 tahun setengah, dan semuanya mulai memanggilnya genius. Saya, dari kata lain, hanya boleh membaca selewat usia 11 tahun (darjah 5). Tidak geniuskah?

Oleh kerana kerterlambatan saya memahami dan membunyikan sebutan-sebutan abjad tersebut, guru darjah telah memasukan saya ke kelas pemulihan (semacam pusat pemulihan saja). Dimana, anak-anak yang agak kurang terlihat bakat membacanya, diberi bimbingan tambahan (tapi saya tidak pernah hadir kerana sibuk bermain). Ya, dan juga dikelas, saya diletakkan dibahagian terhadapan sekali, kerana kata guru, supaya ilmu itu cepat masuk dalam otak saya ini. Katanya.

Ayah adalah seorang yang sangat tenang. Setiap kali kad kemajuan diminta ditanda tangani, pasti adik beradik saya buah usah risau saja, walhal dalam kad tersebut semuanya bertanda pen berdakwat merah. Lebih-lebih lagi yang saya ini, hasil dari aktiviti harian yang mana, makan, main, makan dan makan lagi. Tambah pula agak lambat berbanding rakan-rakan seumuran itu.

Namun, walau sebegitu cara ayah, ayah selalu berpesan "sarah, baca buku, tiada orang yang pandainya tidak membaca". Saya hanya angguk dan terus tidak membaca. Ayah banyak menasihati cara yang lembut, kadangnya saya dengar dan faham, cuma yang malas ini sudah tidak dapat dibendung. Hasil di fahamkan sewaktu sudah dewasa, ideologi ayah adanya mungkin terinfluansi dengan ideologi mahathir, oleh itu, bila sebesar begini, ayah sering menyuruh saya membaca artikel nukilan mahathir. dan ia berjaya menukar saya menjadi pembaca. Namun ada syaratnya.

Ya, Mahathir mengesa rakyat supaya membaca, terutama yang Melayunya, kerana situlah sumber infromasi yang utuh. Berapa jenis rancangan sekolah diperkenal untuk mempertingkat kekerapan pembacaan seperti program nilam. (sejujurnya satu pun dalam buku nilam itu tidak pernah saya baca). Maaf cikgu. haha

Tetapi, sungguhnya serantau ini mahunya punya banyak bahan bacaan, Majalah, Akhbar, Internet artikel, komik dan sebagainya. Namun yang tergemar oleh orang sebarisan dengan saya adalah hiburan dan khabar kontroversi : nenek berusia 72 tahun berkahwin buat kali ke 19. (pelik sungguh mengapa perlu dihirau pasal nenek itu).

Dengan adanya akhbar dan berita-berita yang pada saya, kurang membina inilah meyebabkan kekeliruan fikiran manusia sejagat. Manusia yang sifatnya kebanyakan mudah terpengaruh, bahan bacaan ini mempunyai kadar pengaruhan yang tinggi. Kadangnya membuat kita percaya kepada yang tidak.

Dengan itu, haruslah kita menjadi selective reader, atau kata lawnya, putting the veil of ignorance kepada yang tidak benar dan dayus. Hal ini kerana, bukan semua yang lahir kedunia punya kebolehan menganalisis data dengan baik. Apa yang kita baca, kita percaya. Kununnya apa yang ditulis itu bolehlah dipercaya. Tapi palsu dan hina.

Kesimpulannya, kata dari rakan saya, sesuatu yang dibaca tidak boleh di un-baca. Oleh yang sehal itu, perlulah kita memilih sumber yang elok. Pentingnya membaca, itulah yang perlu untuk berilmu. Seperti kata Mahathir itulah. Hanya kita yang disini standing from distance away adoring him dan susun ilmunya, but we do nothing untuk sepangkat dengannya. Agak sedih.  Namun usah risau, kita belum terlambat.



reading can also help you sleep better. hehehe.. ayuh!

ps: love u dad :)

No comments:

Post a Comment