Sunday, November 20, 2011

Certain.

Nothing is certain right? Nope.

Sungguhnya dalam percaturan hidup, tiada yang pasti. Orang kata adanya mereka pasti apa yang mereka mahukan dalam kehidupan. Saya rasa ianya bohong kerana apa yang mereka mahukan itu terdorong dengan keadaan sekitar.

E.g : Seorang anak kecil " Saya mahu menjadi doktor" katanya.
Sebenarnya terdorong oleh kedua orang tuanya mengatakan doktor itulah profession yang terbaik. ciss sungguh cliche. Manalah anak kecil tahu menjadi doktor itu perlu melihat darah, bermain potong-potong daging. namun ia profession yang mulia. (jika niatnya ingin menyelamatkan manusia).

Tiada yang pasti.

Ya benar langsungnya hidup ini terlalu banyak yang tidak pasti. Bila kita berrumah tangga? Bila kita dapat membeli ray ban aviator? Bila kita dapat kurus tanpa berusaha? Bila kita dapat mencintai? Bila hari kiamat? Bila mahu membeli rumah besar yang ada swimming pool supaya boleh berenang bersama ikan-ikan? Bila boleh memiliki kilang coklat dan ais krim untuk makan sebanyak mampu? Bila saya akan menjadi superman? Bila saya boleh menjadi perdana menteri, ketua polis dan tukang masak terkenal?? Bila .. bila?

Jawapannya adalah tiada pasti,

Kebanyakkan manusia akan mengatakan ianya takdir ilahi. Yang sudah tertulis sejak dari azali pembikinan zahrah tubuhnya. Saya tidak pasti disini. hehe

Tapi ada hal yang terlalu pasti. Iaitu, Wujudnya Allah swt. Rukun yang 5 itu pasti. Janji-janji Allah swt itu pasti.

.......................

Rakan yang tersayang,

Sesudah lanjutnya usia ke suku abad, saya jujurnya hampir terputus asa untuk mencari alasan untuk bersama sesorang menemani sepanjang hidup saya.

Apa yang hadir itu cumalah cinta dunia. Atau mungkin bagi saya kaum lelaki itu sedikit kurang sensetif untuk mengenal-pasti apa yang patut dan yang kurang patut untuk dibicarakan.

Dan Jodoh itu sememangnya sesuatu yang magikal.
i guess u just knew when ud reach the idea,
dan yang pasti, saya merasai itu.

Dan yang pasti sekarang, pencarian saya sudah berakhir. dengan berakhirnya siri episod pertukaran yang kerap. saya kini menundukkan mata, menyinari hati untuk bakal suami yang sempurna dihati saya.

Semoga pilihan berdasarkan Agama, keturunan, charateristik, harta-benda dan rupa ini diberkati oleh-Nya.

Semoga ini yang terakhir.


..

.

dan yang pasti, Allah swt mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. 

Thank you God, im indeed grateful.


this is so not my best picture.