Thursday, December 22, 2011

Perpisahan

Ive been longing to write about Farewell. Intended since Id bid farewell to my internship.
Well, been selected as trainee in one of the finest Airlines Company in the world. Lucky me but Its not that Im not grateful, im indeed flattered. Ok well im not. 

Sejujurnya saya seorang yang tidak gemar, tidak hebat, tidak mengerti akan perpisahan. Maksudnya saya, perlukah ada perpisahan? well maybe sometimes.

Setiap punya individu itu ada titik perpisahannya, Ya tentulah antara perempuan dengan lelakinya, ibu dengan anak-anaknya, rakan dengan sahabatnya,  pengusaha dengan perkerjanya. Namun sesuatu yang tidak pernah berpisah dari diri semua adalah amal baiknya serta cinta Allah swt terhadap semua muslimin dan muslimat sejagat. (Amin).

Seperti selari dengan perpisahan, air mata tanda kesedihan selalunya mengiringi kepergian yang kecintaan. Ini adalah lumrah manusia biasa yang punya emosi, saya juga begitu.

Oleh kerana yang satu hal inilah, saya tidak menyukai berpisahnya kedudukan asal itu. Bagaimana cara untuk tiada perpisahan? Mudah.
  • Cintailah sesuatu yang kekal.
  • Elakkan diri dari mencipta suatu hubungan itu.
Selain dari Allah swt dan janji-janji Nya itu, tiada yang kekal tentu. Cinta terhadap manusia, akan luntur jika tiada memori yang membangkit. Dengan cara tidak punya memori tentang sesuatu hubungan itu, tiadalah peritnya tentang sebuah perpisahan, setuju? :)

Sudah tentulah saya ini bukan sesuatu yang tidak punya perasaan, seperti memadam memori yang tidak saya suka seperti memadam kotoran busuk dari celana putih. Tidak semudah itu. Kerana saya tiada kebolehan hebat itu, saya memilih untuk not get into relationship. (Im prone to friendship) kerana kebanyakannya palsu. dan saya tidak suka yang palsu. Pasu bunga jika saya tidak suka. Okey itu lain

Ternyata, saya mengekal jarak saya untuk menjaga diri saya dan diri yang lain untuk tidak dekat kepada perpisahan. Dimana tiada permulaan, pasti tiada penghujung.


Kesimpulannya, mengertilah jika saya tidak banyak mengeluarkan kata-kata yang enak untuk didengar. Saya ini mungkin adalah pelik, namun saya tiada asingnya dari manusia.


Ianya sungguh mudah untuk memulai. tapi mengakhiri? Wsalam.

Wednesday, December 21, 2011

Friend

"Kawan merupakan hubungan yang utuh di antara dua individu yang saling memahami satu sama lain. Kita perlulah mengamalkan hubungan yang sihat seperti menghormati rakan dan menyayangi rakan. Rakan yang sejati itu perlulah ada sifat tolong menolong antara satu dan lainnya."

Ya, itulah yang dinyatakan pabila berdebat tentang maksudnya SAHABAT itu. Kununnya sahabat itu perlulah setia, bantu membantu, ketawa sesama. Itu adalah definisi agak ketinggalan bagi saya.

Cuma sejujurnya saya seorang sahabat yang baik. Pastilah saya tidak gemar menolong sahabat saya ketika susah, saya tidak memberi hadiah peringatan di hari ulang cara kelahiran, saya semestinya tidak sudi memberi bahu saya ketika sahabat saya itu lemah menangis, sudah tentulah saya tiada gemar berkonginya makanan saya bersama rakan ketika saya sedang fokus menikmati keenakan makanan itu, dan semestinya saya tidak gemar memuji-muja sahabat saya jika dia hebat. Namun saya tetap rakan yang baik. Tapinya baik dari definisi saya. hehe

Rakan taulan, sudah tentulah definisi saya tentang sahabat itu tepat. Maksud sahabat itu adalah adaptasi, adjustment, atau dalam bahasa Malay mungkin maksudnya pemboleh ubahkan (oh bahasa melayu saya adalah A2 saja). Mungkin saya hanya mampu memberikan situasi nya sahaja,

Rakan ialah:
  • Mahunya rakan kamu tersayang itu memanggil kamu pantai( translate to english convert E to I, A to T) secara sembunyi-sembunyi dibelakang kamu, mengundang fitnah yang tidak enak di dengarkan, sila adjust diri kamu sendiri menerima bahawa rakan kamu itu sememangnya gemar menukar frasa Si Cantik yang Luar Biasa kepada Pantai (translate to english convert E to I, A to T). perkataan semacam itulah. Lalu tersenyum riang dan berkawan seperti kebiasaannya.
  • Bila adanya rakan kamu itu meminjam harta temurun kamu dan tidak memulangnya kembali, segeralah adapt to the feeling that barangan kamu itu sudah buruk, kawan kamu itu menolong kamu sebenarnya untuk membuang barang tidak elok itu ke dusbin, sungguhnya dustbin itu tempat banyaknya habuk dan bakteria, sudah tentulah kamu tidak mahu mendekatinya. Rakan itu sungguh elok perangainya.
  • Kekadang adanya kamu mempunyai wirawan yang kamu cintai dan kemudian rakan kamu itu secara tibanya bercinta dengan wirawan tersebut namun sedarnya wira itu bukan milik kamu sama sekali, tidak logik untuk marah ataupun merasa sedih setitik cuma kerana kamu tahu itu adalah jodoh mereka, ya tentulah cinta itu tidak boleh memaksa. oleh itu, adjustkan diri kamu itu. perasaan emosi yang tidak enak menjadi sesuatu yang indah iaitu mendoakan pabila mereka mempunyai anak comel, pasti menamakan atas nama kamu. Begitulah. :)
Zaman ini telah berubah, memiliki sahabat bukan terletak kepada kesetiaan, keluhuran jiwa yang murni kununnya, semangat bersifat menyokong rakan yang tebal. bukan yang itu.

Cuma yang kita perlukan adalah mengadaptasikan diri sendiri dalam menyesuaikan emosi kita dalam menangani rakan yang punya kelemahan. Well no one is perfect. Oleh itu, silalah menerima keburukan saya sebagai sahabat kamu.


i am indeed a good friend but im soo not here to please anyone..:)

Sunday, December 11, 2011

Mungkin

Mulanya mahu menulis tajuk Perpisahan. Tapi MUNGKIN ini lebih menarik :)


Tadinya selesai bersenam dirumah, adik saya yang lelaki itu bersiap-siap untuk melakukan senaman di Hutan Bandar ataupun di Kebun Istana. Namun niatnya tergendala kerana kasut sport Nike nya sudah tiada kelihatan.

Rafie mula menunjukkan keberangannya pabila sudah lepas 5 minit mencari. Mulanya memarahi kebarangkalian ia nya dicuri oleh mat tiga suku. katanya.

Saya menjadi tiada keruan kerana risaukan berang si Rafie menjadi parah. Lalu saya pura-puranya turut serta dalam gerakkan mencari kasut satunya itu. Walhal saya tahu kasut itu tidak mungkin ditemui.

Terus, memang sudah sah bahawa kasut itu telah dicuri. Seperti orang normal, kehilangan kasut membuah rasa tidak enak didalam hati.

Namun kata saya, kita harus bersyukur bila terjadinya sesuatu itu.

Ya, Allah swt itu lebih mengetahui apa yang terbaik.
MUNGKIN yang mengambil itu tidak mumpunyai kasut untuk dipakainya, jadi kasut itu lebih sesuai untuknya dibuat berjalan-jalan ke kota.
MUNGKIN jika kasut itu terus dijumpai, seakan sesuatu yang buruk akan berlaku dipertengahan jalan, seperti terlanggar siput.
 MUNGKIN terlepas peluang memakan biskut coklat yang di beli umi jika awal perginya bersenam?
MUNGKIN tergelincir ke kolam ikan dengan memakai kasut senam itu ketika berjogging?

Tentulah terlalu banyak kemungkinan. Oleh itu, terimalah kepergian Kasut Sukan Nike dengan redha wahai Rafie.

Its been difficult fo you lately, but Allah swt is protecting you. You know you are the chosen one.
Even you are nothing to someone, but you are everything to us. May God bless you always.

 
Specially dedicated to Imam Muda Muhammad Rafie.