Wednesday, December 21, 2011

Friend

"Kawan merupakan hubungan yang utuh di antara dua individu yang saling memahami satu sama lain. Kita perlulah mengamalkan hubungan yang sihat seperti menghormati rakan dan menyayangi rakan. Rakan yang sejati itu perlulah ada sifat tolong menolong antara satu dan lainnya."

Ya, itulah yang dinyatakan pabila berdebat tentang maksudnya SAHABAT itu. Kununnya sahabat itu perlulah setia, bantu membantu, ketawa sesama. Itu adalah definisi agak ketinggalan bagi saya.

Cuma sejujurnya saya seorang sahabat yang baik. Pastilah saya tidak gemar menolong sahabat saya ketika susah, saya tidak memberi hadiah peringatan di hari ulang cara kelahiran, saya semestinya tidak sudi memberi bahu saya ketika sahabat saya itu lemah menangis, sudah tentulah saya tiada gemar berkonginya makanan saya bersama rakan ketika saya sedang fokus menikmati keenakan makanan itu, dan semestinya saya tidak gemar memuji-muja sahabat saya jika dia hebat. Namun saya tetap rakan yang baik. Tapinya baik dari definisi saya. hehe

Rakan taulan, sudah tentulah definisi saya tentang sahabat itu tepat. Maksud sahabat itu adalah adaptasi, adjustment, atau dalam bahasa Malay mungkin maksudnya pemboleh ubahkan (oh bahasa melayu saya adalah A2 saja). Mungkin saya hanya mampu memberikan situasi nya sahaja,

Rakan ialah:
  • Mahunya rakan kamu tersayang itu memanggil kamu pantai( translate to english convert E to I, A to T) secara sembunyi-sembunyi dibelakang kamu, mengundang fitnah yang tidak enak di dengarkan, sila adjust diri kamu sendiri menerima bahawa rakan kamu itu sememangnya gemar menukar frasa Si Cantik yang Luar Biasa kepada Pantai (translate to english convert E to I, A to T). perkataan semacam itulah. Lalu tersenyum riang dan berkawan seperti kebiasaannya.
  • Bila adanya rakan kamu itu meminjam harta temurun kamu dan tidak memulangnya kembali, segeralah adapt to the feeling that barangan kamu itu sudah buruk, kawan kamu itu menolong kamu sebenarnya untuk membuang barang tidak elok itu ke dusbin, sungguhnya dustbin itu tempat banyaknya habuk dan bakteria, sudah tentulah kamu tidak mahu mendekatinya. Rakan itu sungguh elok perangainya.
  • Kekadang adanya kamu mempunyai wirawan yang kamu cintai dan kemudian rakan kamu itu secara tibanya bercinta dengan wirawan tersebut namun sedarnya wira itu bukan milik kamu sama sekali, tidak logik untuk marah ataupun merasa sedih setitik cuma kerana kamu tahu itu adalah jodoh mereka, ya tentulah cinta itu tidak boleh memaksa. oleh itu, adjustkan diri kamu itu. perasaan emosi yang tidak enak menjadi sesuatu yang indah iaitu mendoakan pabila mereka mempunyai anak comel, pasti menamakan atas nama kamu. Begitulah. :)
Zaman ini telah berubah, memiliki sahabat bukan terletak kepada kesetiaan, keluhuran jiwa yang murni kununnya, semangat bersifat menyokong rakan yang tebal. bukan yang itu.

Cuma yang kita perlukan adalah mengadaptasikan diri sendiri dalam menyesuaikan emosi kita dalam menangani rakan yang punya kelemahan. Well no one is perfect. Oleh itu, silalah menerima keburukan saya sebagai sahabat kamu.


i am indeed a good friend but im soo not here to please anyone..:)

No comments:

Post a Comment