Sunday, December 11, 2011

Mungkin

Mulanya mahu menulis tajuk Perpisahan. Tapi MUNGKIN ini lebih menarik :)


Tadinya selesai bersenam dirumah, adik saya yang lelaki itu bersiap-siap untuk melakukan senaman di Hutan Bandar ataupun di Kebun Istana. Namun niatnya tergendala kerana kasut sport Nike nya sudah tiada kelihatan.

Rafie mula menunjukkan keberangannya pabila sudah lepas 5 minit mencari. Mulanya memarahi kebarangkalian ia nya dicuri oleh mat tiga suku. katanya.

Saya menjadi tiada keruan kerana risaukan berang si Rafie menjadi parah. Lalu saya pura-puranya turut serta dalam gerakkan mencari kasut satunya itu. Walhal saya tahu kasut itu tidak mungkin ditemui.

Terus, memang sudah sah bahawa kasut itu telah dicuri. Seperti orang normal, kehilangan kasut membuah rasa tidak enak didalam hati.

Namun kata saya, kita harus bersyukur bila terjadinya sesuatu itu.

Ya, Allah swt itu lebih mengetahui apa yang terbaik.
MUNGKIN yang mengambil itu tidak mumpunyai kasut untuk dipakainya, jadi kasut itu lebih sesuai untuknya dibuat berjalan-jalan ke kota.
MUNGKIN jika kasut itu terus dijumpai, seakan sesuatu yang buruk akan berlaku dipertengahan jalan, seperti terlanggar siput.
 MUNGKIN terlepas peluang memakan biskut coklat yang di beli umi jika awal perginya bersenam?
MUNGKIN tergelincir ke kolam ikan dengan memakai kasut senam itu ketika berjogging?

Tentulah terlalu banyak kemungkinan. Oleh itu, terimalah kepergian Kasut Sukan Nike dengan redha wahai Rafie.

Its been difficult fo you lately, but Allah swt is protecting you. You know you are the chosen one.
Even you are nothing to someone, but you are everything to us. May God bless you always.

 
Specially dedicated to Imam Muda Muhammad Rafie.

No comments:

Post a Comment