Thursday, January 12, 2012

Demi Masa

We shall cherish our moment together. :)

Semestinya setiap yang bernyawa mahupun tidak itu ada tarikh lupusnya. Untunglah bagi yang tidak bernyawa itu kerana sejak kelahirannya, sudah tertera tarikh akhirnya. Baginya bernyawa pula, sering tertanya, bilakah tarikh kita akan pulang ke tanah itu?

Harusnya saya ini seorang yang jahil sekali. Sering lupa kepada yang Satu itu, lupa akan hari pengakhiran saya itu, lupa akan kesiksaan di alam yang satunya lagi. Hanya tatkala kepedihan menimpa, saya tersadar akan dunia ini ada hujungnya. Begitulah jahilnya saya.

Disebut, mengingati kematian itu ada pahalanya, juga mengundang kesedihan yang unggul, tidak lupa juga keperitan hari pembalasan. Membayangi untuk menahan nafas selama 2 minit saja sudah sangat menyiksakan, lagi mahunya menahan kesakitan itu di bawah sana selamanya.

Terkenang akan masa-masa saya kemarin, adanya saya membahagiakan yang lain? atau lebih menyakiti? adakah saya memberi masa kepada yang lebih memerlukan atau kepada yang lebih saya untungi? saya berasa risau sekali.

Adakah masa yang saya ada, habisnya mengingati Tuhan, Ibu Bapa saya lebih atau tidak? Adakah masa saya cukup untuk berbakti kepada mereka? Adakah mereka telah berbahagia kerana melahirkan saya? Adakah.. Soalan-soalan yang cukup sedih bagi saya.

Sakitnya untuk bernafas kali ini, mengingatkan saya akan lemahnya saya sebagai manusia. Seperti biasalah saya mungkin mengingini yang itu, tapi Tuhan telah memutuskan yang ini. Sungguhnya saya terlalu takut untuk menghadapi hari yang itu. Ya Allah.

Risaunya saya jika saya tidak sempat untuk membuat kesayangan itu tersenyum, memberi keadilan kepada yang melahirkan, menghadirkan diri untuk yang lemah. Masa itu semakin habis. Suntuk sekali.

Jika suatu masa, saya ini sudah hilang sarahnya, kembalikan saya dalam ungkapan yang indah, ayat suci. Semuga Allah swt mengampuni kerterbatasan saya dan sekian umat. Sungguh saya menyayangi Keluarga, Dia dan sahabat iklas. Demi masa yang ada ini.



Ya Allah, Sesungguhnya saya kini bernafas di dalam air..


Thursday, January 5, 2012

Beyoncé - I Care


but I care..

Yin dan Yang

I am not going to write about religion, nor race nor anything taboo. So

Yin dan Yang

...............................

Sebetulnya, yin dan yang pada pandangan saya adalah satu bentuk falsafah yang sebutannya agak mirip dengan kecina-an. Perlulah, kerana yang asasinya itu dari keturunan Almond-eyed.

Keseimbangan, seperti sedia langsung, kejadian didunia ini perlulah adil. Tiada lebih mahu kurang. Setiap yang mati pasti ada lahirnya, setiap yang lelaki pasti ada perempuannya, yang baik tentulah ada jahatnya, cantik dengan hodohnya, putih serta gelapnya, dan semua kata berlawan.

Ya, seperti itulah yang ingin saya maksudkan disini. Dalam erti kehidupan, perlulah seimbang, jika tidak hidup kita seperti tidak tenang, tiada gembira.

Contohnya, sebagai seorang Islam, telah di sampaikan satu panduan- iaitu keseimbangan. Utamanya itu terhadap pencipta yang Esa, yang Maha Agung. Namun titik itu tidak berhenti selagi tiada termasuk duniawi. 

Kebiadaban terhadap hukum alam ini sememangnya membuahkan hasil yang tidak enak. Bukan bagi diri kamu sendiri saja, malah yang lain.

Contohnya, pabila adanya kamu tidak dapat memberi keseimbangan masa kamu terhadap kerjaya dan kesayangan kamu. Pastinya perasaan kurang enak akan lahir, seterusnya terjadinya salah faham.

Begitu juga jika kamu melebihi yang kesayangan itu, malah kerjamu terabai dan langsung, dipecat.

Pokoknya, keseimbangan itu perlu ada. Dan ianya tidak susah. Sungguhnya, penceritaan ini adalah pengetahuan am semata-mata.

Dengan itu, usah disesal perkara lalu, sungguh pula perkara yang gembira ria akan menyusul nanti. Insyallah..

Semuga kita sama-sama belajar dari kesilapan. Amin.





Spirit of Tiger is in you.
Stay strong.

*Sarah Foo*