Thursday, January 5, 2012

Yin dan Yang

I am not going to write about religion, nor race nor anything taboo. So

Yin dan Yang

...............................

Sebetulnya, yin dan yang pada pandangan saya adalah satu bentuk falsafah yang sebutannya agak mirip dengan kecina-an. Perlulah, kerana yang asasinya itu dari keturunan Almond-eyed.

Keseimbangan, seperti sedia langsung, kejadian didunia ini perlulah adil. Tiada lebih mahu kurang. Setiap yang mati pasti ada lahirnya, setiap yang lelaki pasti ada perempuannya, yang baik tentulah ada jahatnya, cantik dengan hodohnya, putih serta gelapnya, dan semua kata berlawan.

Ya, seperti itulah yang ingin saya maksudkan disini. Dalam erti kehidupan, perlulah seimbang, jika tidak hidup kita seperti tidak tenang, tiada gembira.

Contohnya, sebagai seorang Islam, telah di sampaikan satu panduan- iaitu keseimbangan. Utamanya itu terhadap pencipta yang Esa, yang Maha Agung. Namun titik itu tidak berhenti selagi tiada termasuk duniawi. 

Kebiadaban terhadap hukum alam ini sememangnya membuahkan hasil yang tidak enak. Bukan bagi diri kamu sendiri saja, malah yang lain.

Contohnya, pabila adanya kamu tidak dapat memberi keseimbangan masa kamu terhadap kerjaya dan kesayangan kamu. Pastinya perasaan kurang enak akan lahir, seterusnya terjadinya salah faham.

Begitu juga jika kamu melebihi yang kesayangan itu, malah kerjamu terabai dan langsung, dipecat.

Pokoknya, keseimbangan itu perlu ada. Dan ianya tidak susah. Sungguhnya, penceritaan ini adalah pengetahuan am semata-mata.

Dengan itu, usah disesal perkara lalu, sungguh pula perkara yang gembira ria akan menyusul nanti. Insyallah..

Semuga kita sama-sama belajar dari kesilapan. Amin.





Spirit of Tiger is in you.
Stay strong.

*Sarah Foo*

No comments:

Post a Comment