Wednesday, February 22, 2012

Majoriti

I was trying to express the meaning of SEXY in picture. So I googled word sexy and hit the image search button. and, none one of it suits to be upload to this page. If you know what I mean, :)


Siapa yang mahu mengaku kalau wanita ini sexy? Barang kali hanya saya yang mengatakan begitu.

*********************************** 

Namun, sexy atau tidak bukan perkara yang mahu dibicarakan pada kali ini. Cuma mengambil perkara itu sebagai satu contoh. Ada manusia celik, membahas bahawa, keseksian seseorang itu terletak kepada kepintaran, perwatakkan dan ciri-ciri berbahasa. Namun ada juga manusia yang celik lagi satunya mengatakan bahawa seksi itu berhubung rapat dengan keadaan fizikal, cara berpakaian.

Permasalahannya, yang manakah definisi yang perlu di ambil kira? yang pintar (1)? yang mempertonjol susuk (2)? Begitulah.

Anggaran awal, jika satu kaji selidik diadakan, pastinya kaum lelaki itu memilih jalan ringkas untuk menyetujui pilihan kedua. Tidak lari dengan kaum wanita, that is why we prone to dress up that way. Period.

Jika mahunya saya memilih pilihan 1, tapi dunia menyuarakan bahawa pilihan 2 itu lebih tepat. Siapa yang akan menang? Tentunya maksud yang dipilih majority itu tetap menang, walaupun secara etikanya dan kerelaan saya, ianya salah.

Kebenarannya, jika saya suarakan ketidak puasan hati ini, pandangan dan pendapat saya, tetap tidak dapat merubah kehendak dan fahaman orang yang lain. Keinginan untuk menjadi pihak yang betul sangat tebal di hati semua pihak. Begitulah manusia. Begitulah saya.

Kesimpulannya, jika mahun-nya anda menyuarakan pendapat yang benar, terlalu benar dan tiada yang lain melainkan yang benar, ianya tetap salah kerana MAJORITI-nya, ia SALAH.


...............................................................

Ada satu kata pepatah, katanya " If you can't beat them, join them".
Namun, saya tiada suka caranya fikiran orang ini kerana ia berbaur tidak setia dan lemah.


PS:// Sila aplikasi pada fahaman politik anda. Hint: Obsesi tidak bagus untuk kesihatan. Sekian

2 comments:

  1. pada sayee, wanita yang seksi ialah wanita yang bole memasak dan menjage orang yang dia sayang. plus kalau dia pakai kemeja. haa. :D

    ReplyDelete