Wednesday, February 8, 2012

Marah

Marah ke?

Human being, ability to be furious sometimes can be beyond our expectation. Only it is normal. Well, part of it.

Ya, biasanya manusia ini punya sifat yang kadangnya mirip haiwan. Kemarahan. Bila sebut perkataan ini, yang ada di otak saya warna merah. Bila berkait hubung dengan merah, saya fikir itu adalah syaiton.

Marah -> Merah -> Syaiton. Period

Bagi sudut pandangan saya, sifat ini bukanlah didedikasi kepada mana-mana gender lebih utama. Lelaki marah, wanita pun marah. 

Lelaki jika marah kadangnya hingga memukul, kununnya itu cara ekspresi episod kegagahan dan kematangan.

Wanita marah dengan cara protes, merajuk, mencemik muka, kadangnya meninggi suara. Scary.


Marah ini sungguh menakutkan buat saya. Percakapan yang keras dan episod tindakbalas pergaduhan membuatkan degupan jantung menjadi deras. Namun, ianya jarang berlaku kerana agak kurang orang yang berani memarahi saya kerana muka saya yang tidak pertonton sebarang perasaan dan juga kehebatan saya bertaekwondo.

Sejujurnya, saya dahulunya bersikap pemarah, nama saya sarah dan saya suka marah. Itulah saya.

Pada usia kecil, ayah masih lagi bertolak ansur, namun pabila meningkat keremajaan, ayah biarkan saya sendiri mengatasi sifat syaiton itu.

Kemudian itu saya berfikir, apakah kebaikan mempamer kemarahan? laginya ia perbuatan tidak sopan. Mempertonton kebiadapan saya sendiri. Oleh itu saya berubah sedikit demi sedikit.

Habit itu tidak boleh bertukar semalamam. Namun harus saya nyatakan, yang permakanan itu harus dijaga. Kurangkan makan makanan berdarah kerana pada saya, bila manusia itu bertenaga, kemampuan untuk marah melonjak.

Bak kata atuk di Parit Jawa, Johor " Tak kuasa dah nak marah". :)

Oleh itu, kawan-kawan, sila jangan marah. :)


Tak baik bunuh orang. Sekian.

1 comment: