Thursday, March 22, 2012

Jodoh

Biasanya, orang berkata "Jodoh pertemuan di tangan Tuhan". Setiap pertemuan itu adalah acara yang terancang, bukan nya di buat-buat.

Namun bagi saya, kadangnya mungkin ia boleh diciptakan. Misalnya dahulu, saya menyukai seorang itu di kampus. Kerana potensi untuk bertemu dengan nya seperti 5-9% sahaja, saya menyediakan jadual perjalanan J. Setiap kali terserempak dengannya, catatan ke jadual itu sudah pasti. Maka, mudahlah saya untuk menjejakinya. kekeke (psycho).

Kebiasaannya, manusia tertanyakan perihal jodoh, cenderung ke arah jodoh- pasangannya. Siapa yang bakal dikahwininya..

Adanya, pertemui jodoh itu dengan mudah, dan tidak terlari ada yang berliku. Kesah cinta yang berliku inilah yang meperasakan bahawa cinta itu sungguh manis,agung, kerana halangan dan rintangan yang dasyat, menduga jiwa..MasyaAllah..

Sejujurnya, saya juga keliru perihal jodoh ini. Katanya Ustaz, jikanya ia jodoh kamu, maka ianya tidak pernah susah mendapatkannya. Namun kata optimis atau motivator, jika tiada usaha, masakan boleh mendapatkannya? Seriously. Contradict to each other. Inilah masalah dunia yang penuh dengan variation.

Seadanya telah melewati usia kearah yang lebih wanita, satu konklusi yang boleh saya adaptasi.

Jodoh pasangan itu sebenarnya bukan la seorang yang paling elok, paling sesuai, paling memenuhi cita, paling dicintai, paling dihormati..Bukan itu.

Jodoh itu cuma lah seorang yang datang pada masa yang tepat ketika ditentukan keatas mu oleh Allah swt untuk mendirikan sebuah institusi kekeluargaan. Hanya itu.

Akan kadangnya kamu terfikir, boleh atau tidak mungkin menjadi isteri yang baik, namun kamu tahu itulah tanggungjawab yang perlu di galas, dan ianya tiada mungkin dielak.

Dengan ada tanggungan di bahu, kamu akan sedar bahawa, cinta sejati itu tiada dapatnya mengatasi keperluan kamu untuk melunaskan peranan kamu ke sebuah keluarga.

Terusnya, jika tidak memikir peranan itu, sudah tentulah saya rela melepaskan segalanya untuk bersama yang paling mencintai. Bersama berehat di sebuah rumah kecil di pinggir kampung, bersenang hati menemaninya selalu, tersenyum dan bercinta sepanjang zaman..

Tapi semua nya tahu, itu satu khayalan yang indah, we are living in the real world, where love is just not enough..

Saya tidak dapat membuat semuanya mengerti. Cuma mendoakan kebahagian semuanya itu mampu. Kerna semua manusia itu mempunyai hak kebahagiaanya sendiri.

I'm not strong enough. and I'm sorry.

will you run away from all to live this endless fairytale with me?

Truly,

Sarah Foo.

ps: coretan yang paling emosi.

No comments:

Post a Comment