Saturday, April 28, 2012

Perjuangan


So they told us, one who act alone, does that constitute ongoing success that leads to better future? Bersatu teguh, bercerai roboh. So that is what they said.

Perjuangan ini semacam suatu lumrah adanya seorang manusia itu. Katanya, dari untuk menjadi janin itu sudai mulai perjuangan.

Saya sememangnya tidak suka berjuang. Berjuang belajar, berjuang untuk mengkurus badan, berjuang untuk menyenangi hati orang lain. Sungguh malas.  Namun sudah menjadi tuntutan Islam, haruslah memperjuangkan kesucian Agama itu, dan juga bangsa. Oleh dasar itu, tertanam cita-cita menjadi Polis.

Namun sebenarnya, perjuangan itu essential untuk process meneruskan kehidupan. Cuma yang kurang gemar pabila perjuangan itu bertukar kepada obsesi puak pelampau. Haha.

Perjuangan itu, bukan hanya terletak pabila ada tujuan bersama saja.  Maksudnya, hanya berani menampil kerana ada sokongan ramai. Bukan terletak pada kerelaan untuk berbunuhan atas percanggahan pendapat, bukan pada rusuhan, bukan pada pedebatan di Facebook atau twitter, bukan pada unsur salah menyalah sesama. Ianya lebih dari itu, dan lebih mulia bersifat persendirian.

Perjuangan itu ertinya lebih mulia, sehalus kemurnian niat untuk menghala ke arah yang lebih baik. Ianya dimulai dari diri sendiri. Perjuangan menghalangi diri dari termasuk golongan yang khianat, perjuangan menghalang diri dari memusnahi tanah kelahiran, perjuangan menghalangi diri dari terkaburi dunia kotor itu.  Perjuangan.

Memilih tata cara berjuang itu juga penting. Haruslah memilih yang BERKESAN, TIDAK MEROSAKKAN ALAM SEKITAR, dan TIDAK MENUNJUL KETIDAK BIJAKSANAAN ITU. Dunia ini terlalu indah untuk kebusukan ini. Namun inilah dunia, mungkin hidup bersama haiwan ada kurangnya politik hutan, hidup menjadi tenang.

Biarlah orang berkata saya berdiri di atas pagar, tiada pendirian, tidak bijaksana, jahil atau pengecut. Apa yang penting, saya bahagia dengan mencintai Agama saya, Bangsa-bangsa saya, Keluarga saya, Burujerdi, Rakan-rakan yang mulia, juga haiwan-haiwan dan makanan yang enak.

Saya bahagia dan aman sekarang J.

1 comment:

  1. buat apa yang kita suka atau buat apa yang kita dikehendaki oleh orang lain? seringkali terganggu, kan? (:

    ReplyDelete