Sunday, May 27, 2012

Kata Orang

Menjadi seorang yang gemuk itu sungguhlah memeritkan.
Bukan kerana sukarnya bernafas,
Badan menjadi cepat berpeluh,
Tidak mempunyai kecergasan dalam bersukan.
Ianya perit kerana kata kata orang yang menguris di pinggir sana.

Menjadi seorang yang bodoh itu sangat memalukan.
Bukan kerana sukar mendapat perkerjaan,
Mendapat markah tercorot setiap peperiksaan,
Bukan tersebabnya di marahi keluarga,
Hanya menahan malu kerana menanggung teriakkan "bodohnya" itu dicuping telinga.

Menjadi seorang yang hodoh itu terlalu mengaibkan.
Bukan kerana terpaksa berdandan lebih lebihan tika mahu berjalan,
Dianggap ghaib buat teman teman,
Bukan kerana di tolak mentah dari yang tercinta,
Hanya kerana dicemik kerana rupa yang jongos buruk itu.

Menjadi yang miskin itu amat membawa kesedihan.
Bukan kerana harus berkerja separuh hidup mencari tunai,
Meminta-minta pada yang ada,
Bukan kerana di tinggalkan kerana tidak berdaya,
Hanya kerana di pandang hina kerana tidak mampu memberi lebih dari menerima.

Terlajak perahu boleh diundur, Telajak kata..

1 comment: