Monday, September 24, 2012

Keperluan


According to Maslo’s Human needs hierarchy, the fundamental need of human being is physiological needs. Food, shelter, cloths are those listed.

3 perkara yang digarisi Maslo untuk memastikan kelangsungan hidup ini benar, kerana secara logiknya juga jika difikirkan secara teliti, 3 perkara inilah yang perlu ada supaya kita terus benyawa. Hal ini tidak termasuk satu perkara lagi iaitu oksigen yang disedut kerana ianya masih lagi percuma.

Namun akan kehidupan sekarang, hasil buah fikiran manusia yang hebat itu, 3 keperluan ini tidak lagi mencukupi. Sebetulnya keperluan setiap manusia itu berubah mengikut peredaran zaman.

Jikalau dizaman batu itu, perlunya tombak untuk memburu hewan untuk dimakan. Kemudian di zaman pop ye yeh itu, keperluan perlu ada pemutar piring hitam untuk berjoget lambak. Kemudian beralih pula kezaman kununnya serba moden, keperluan itu talifon pintar.

Ketiadaan kemudahan internet mobil bagi seseorang individu itu umpama tiadalah tombak untuk memburu di zaman dahulu kala.

Cuma soalan yang jelas, bolehkah kita terus tanpa internet mobil? Jawapan sudah berada ditangga pertama Maslo’s theory.

Keperluan yang ada sekarang ini dicipta oleh manusia. Bukan sebagai salah satu syarat sah hidup. Bagi yang bakal mendirikan empayar besar perniagaan, create the needs then you'll be limitless.Thank you J

Ps: Agama itu sebuah cara hidup.