Tuesday, December 25, 2012

Fikiran

 "Quantum of mind particles. Collision between the same ideas of thinking creates energy that can trigger the realities. Well basically that is the theory that Dan Brown trying to deliver in Lost Symbol. I think."

Let me get this straight. Adanya akal ini suatu yang nyata dan utuh. Kata scientist terkemuka, Einstein si paling genius di dunia hanya menggunakan 9% to 10% keupayaan mindanya. Nah, nyata sekali kompleksi minda ini sungguh agung. 

Lanjutan, human thinking contributes to physical wave atau dikatakan mempunyai jisim penggerak dan menghasilkan tenaga yang membolehkan apa yang difikirkan itu menjadi nyata. Hal ini bersamaan dengan theory yang ingin diketengahkan oleh buku terkemuka Secret (tidak diketahui author nya), dimana menyatakan you are what you think. Ya, lebih kurang begitulah.

Masih keliru? Ayuh lanjutkan ke contoh di bawah.

Peristiwa: Real Madrid Vs Barcelona

A fikir dengan yakin bahawa Real Madrid akan menang perlawanan bola malam ini.
B fikir dengan yakin bahawa Real Madrid akan menang perlawanan bola malam ini.

namun hanya,

C fikir dengan yakin bahawa Barca akan menang perlawan bola malam ini.

Keputusan: Real Madrid menang perlawanan bola.

Huraian: Perihal kemenangan Real Madrid itu bukanlah disebabkan factor kehebatan Cristiano Ronaldo yang tidak boleh ditandingi. Ianya di sebabkan tenaga fikir yang hebat dari sokongan lebih dari club tersebut.

Dengan kata mudah yang lain, semakin ramai dan semakin kuatnya keyakinan seseorang untuk sesuatu itu menjadi nyata, ianya akan menjadi mekanisme penolakkan tenaga yang kuat sehinggakan yang diingini menjadi nyata sekali.

Begitulah.

Oleh itu, katakan dengan yakin , MALAYSIA BOLEH!




No comments:

Post a Comment